10 Makna Mimpi Hamil Bagi Kaum Wanita

Maksud Mimpi Hamil Bagi Wanita

Ada yang mengatakan bahawa mimpi sememangnya hanya mainan tidur yang dihantar oleh minda apabila kita tidur. Namun, sesetengah orang percaya pada mimpi sebagai tanda peristiwa bakal berlaku di masa hadapan. Antaranya adalah mimpi hamil bagi kaum wanita.

Nenek moyang kita dahulu juga ada yang pandai mentafsir beberapa makna mimpi. Salah satunya adalah wanita yang bermimpi tentang kehamilan. Adakah di antara anda yang pernah bermimpi tentang kehamilan? Mari kita lihat tentang makna mimpi tersebut.

Maksud mimpi hamil diluar nikah
Berbagai kepercayaan manusia berkaitan dengan mimpi

POPULAR

> Kenapa Lelaki Bujang Sekarang Lebih Sukakan Janda Untuk Dijadikan Pasanga Mereka
> Benarkah Lelaki Lebih Sukakan Wanita Yang Berisi
> Bertuah Wanita Yang Mempunyai Tanda Ini
> Benarkah Lelaki Beristeri Masih Mencari Wanita Lain
> 12 Ciri-Ciri Wanita Yang Wajib Dijadikan Isteri

1. Mimpi oleh wanita yang masih Single.

Menurut orang Jawa, wanita yang masih single atau tiada pasangan jika bermimpi tentang kehamilan, dia akan segera bertemu dengan pasangannya. Ini berdasarkan buku primbon Jawa, di mana seorang wanita bujang jika bermimpi sedemikian tandanya jodohnya semakin dekat. Kepada yang bujang, ada mimpi ke? Dapat tak pasangan?


2. Mimpi hamil apabila tidak berkahwin bermakna buruk menurut sesetengah kepercayaan.

Sesetengah kepercayaan nenek moyang kita banyak dipercayai oleh masyarakat. Mereka berpendapat wanita bujang atau belum berkahwin yang bermimpi hamil mempunyai petanda yang tidak baik. Antaranya akan diberi ujian yang akan dihadapi dalam masa terdekat. Ia memerlukan perjuangan keras dan pengorbanan untuk melaluinya.

cari arti mimpi hamil
Bermimpi hamil biasanya menandakan rezeki

3. Mimpi hamil selepas perkahwinan.

Wanita yang baru berkahwin jika kerap bermimpi hamil ia merupakan satu petanda yang baik. Keinginan anda mungkin akan tercapai segera. Jika anda benar-benar ingin mempunyai anak, impian anda untuk hamil akan menjadi kenyataan.

4 Bermimpi melihat orang lain hamil.

Bermimpi melihat seorang wanita lain hamil juga merupakan petanda yang baik. Maknanya nasib baik akan muncul dalam masa terdekat.

5. Mimpi hamil anak kembar.

Wow, bersiaplah untuk mendapatkan banyak nasib berlipat kali ganda. Mimpi hamil seorang bayi sudah menunjukkan tanda nasib baik, inikan pula bermimpi hamil anak kembar. Kononnya anda akan dapat nasib baik berlipat kali ganda.

mimpi hamil dan melahirkan
Bagaimana jika anda bermimpi tentang anak kembar?

6. Tidur pada waktu pagi dan bermimpi hamil.

Pernahkah anda terlelap pada waktu pagi? Ketika ini jika anda bermimpi hamil secara tidak sengaja, tandanya impian pekerjaan anda akan tercapai.

7. Jika anda bermimpi hamil ketika terlena di tempat kerja

Lain pula kisahnya jika anda bermimpi hamil di tempat kerja. Contohnya ketika anda sedang beristirehat semasa kerja. Jika mimpi hamil dikatakan sebagai tanda nasib yang hebat di tempat kerja.

8. Bermimpi dihamilkan oleh kekasih.

arti mimpi hamil padahal belum menikah
Jangan terlalu percaya kepada mimpi hingga merosakkan pemikiran anda

Bermimpi hamil disebabkan perilaku kekasih walaupun status anda belum berkahwin secara rasmi, dikatakan bahawa membawa tanda yang tidak baik. Ada orang lain di sekeliling anda yang mempunyai niat buruk, mungkin disebabkan mereka cemburu terhadap pencapaian anda. Jadi berhati-hatilah.

9. Mimpi hamil dan melahirkan bayi yang tidak sempurna.

Semua pasangan ingin mempunyai anak yang sihat tanpa sebarang kekurangan. Tanda mimpi seperti ini dianggap sebagai petanda yang tidak baik di dalam hidupnya. Sesetengah orang mentafsirkannya anda akan menemui kegagalan, sehingga ada musuh dikalangan rakan-rakan. Musuh dalam selimut paling kita takut.

10. Mimpi hamil yang benar-benar menjadi kenyataan.

Jika seseorang wanita yang sudah berkahwin bermimpi bahawa dia hamil kemudian betul-betul hamil, bermakna dia akan melalui kehamilan dengan lancar.

RUMUSAN

Maksud mimpi di atas kebiasaannya adalah kepercayaan orang-orang terdahulu. Jika dikaitkan dengan agama, semuanya atas kehendak Allah swt. Dalam islam, mimpi hamil atau melahirkan anda adalah menandakan rezeki. Jadikan ia sebagai satu bentuk pengetahuan dan fikirkan yang positif sahaja untuk memotivasi diri anda.

Bila anda bermimpi ye? Like dan Share jika anda rasa kawan-kawan anda perlu tahu. Terima kasih.

Sumber: Aliff Channel



You May Also Like

About the Author: anakbapak

Saya memang anak bapak dan ibu. Seorang lelaki biasa namun ada perlindungan insurans, takaful dan medical card. Saya suka melancong (travel) terutama ke Korea, Jepun, Eropah dan Australia. Gemar menaiki pesawat tambang murah seperti Air Asia, Malindo, Fire Fly dan Scoot. Berhasrat mahu ke Amerika Syarikat. Makanan kegemaran KFC, Western Food, McDonalds, Masakan India dan Thailand. Kereta Honda tetapi mahu membeli Ferrari atau Lamborghini tetapi tidak mampu. Telefon hanya guna Samsung dan vivo. Dulu pernah guna oppo. Huawei tidak pernah cuba. Suka juga layari laman niaga Ali Baba, e-bay dan Amazon. Berhasrat mahu memiliki banglo mewah kalau ada duit. Orang kata nak banyak duit main forex atau bitcoin tapi saya tidak berani. Itulah serba ringkas tentang saya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!