11 PATI Ditahan Dalam 3 Bot Nelayan Di Hutan Melintang

PATI

Dalam usaha negara menggempur pendatang tanpa izin (PATI), Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia Negeri Perak berjaya menahan 11 orang PATI dengan tertangkapnya 3 buah bot nelayan tempatan kelas B1 yang melakukan kesalahan menangkap ikan bawah 12 batu nautika melalui Op Benteng Laut.

PATI Adalah Warga Indonesia dan Myammar

bot nelayan

Melalui maklumat dan aduan dari penduduk setempat, mereka berjaya ditahan oleh Kapal Maritim Malawali pada jam lebih kurang 7.15 malam 19 Jun yang lepas di perairan Hutan Melintang iaitu 6.4 batu nautika Barat Daya Sungai Belukang.

Dari 11 orang yang ditahan, 3 daripadanya adalah warganegara Indonesia dan 8 warganegara Myanmar yang berumur di dalam lingkungan 17 hingga 40 tahun. Kesemua mereka akan didakwa di bawah Seksyen 8(b) Akta Perikanan 1985 iaitu melanggar syarat sah lesen dan Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 iaitu tinggal dan berada di Malaysia tanpa pas atau permit yang sah.

bot nelayan tempatan

Kesemua tahanan menjalani prosedur saringan C0VID-19 dan diletakkan di Pejabat Daerah Manjung sementara menunggu keputusan.

Pengarah Maritim Negeri Perak, Kapten Maritim Shahrizan bin Raman berkata pihaknya mengumpul aduan salah laku yang disalurkan dan bertindak mengikut masa yang sesuai.


Beliau sangat mengalu-alukan kerjasama komuniti maritim yang menjadi ‘mata dan telinga’ pihak berkuasa bagi menyalurkan maklumat tentang aktiviti PATI dalam usaha menggempur mereka yang menyeludup masuk melalui sempadan perairan negara.

Beliau turut menyatakan penghargaan dan berterima kasih kepada penyalur maklumat di kalangan penduduk setempat sehingga berhasil membanteras tiga buah bot tersebut.

Baca – Panglima ATM Sahkan Anggotanya Terlibat Seludup PATI

Sumber: Maritim Malaysia

Maritim Malaysia akan terus mempertingkatkan pemantauan dan memperkukuh sempadan perairan negara khususnya melalui Op Benteng Laut di bawah National Task Force (NTF) dalam mengekang kemasukan PATI dan jenayah rentas sempadan.


You May Also Like

About the Author: anakbapak

Saya akui memang anak bapak. Tapi ibu tidak terkecuali. Berminat buat blog sejak dibangku sekolah. Tak sangka buat blog ni mampu menjana pendapatan. Walau tidak seberapa kerana blog kita ni kecik, kadang-kadang ia membantu. Cita-cita nak travel ke mana saja. Kemudahan ada asalkan ada duit. Tak dapat naik British Airways, naik Air Asia atau Penerbangan Malaysia dah cukup. Makanan kegemaran, apa saja yang halal. KFC, McDonals dan Restoren Makanan Segera yang lain, jarang-jarang. Itu lah serba ringkas. Selamat Membaca blog Anak Bapak

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!