12 Etnik Rohingya Ditahan di Thailand Dikatakan Dalam Perjalanan Ke Malaysia

etnik rohingya ditahan

Etnik Rohingya Ditahan di Thailand – 12 Pendatang tanpa izin Rohingya ditangkap di daerah Mae Sot, Thailand, berdekatan dengan sempadan Myanmar pada malam Selasa lalu yang didakwa masuk secara haram, kata Polis Thailand.

Mereka terdiri daripada 2 lelaki, 8 wanita serta seorang kanak-kanak lelaki berusia 3 tahun dan seorang gadis berusia 9 tahun. Mereka ditahan di sebuah bilik sewa berhampiran Jambatan Persahabatan Thailand-Myanmar pertama di seberang sungai Moei di Daerah Tha Sai Luat oleh Pihak Berkuasa termasuk Polis dan Tentera.

Etnik Rohingya Ditahan Mahu Ke Malaysia

Ketika disoal, mereka mengaku berasal dari Sittwe, ibu kota negeri Rakhine di Myanmar. Mereka sedang dalam perjalanan ke Malaysia.

Menurut Bangkok Post, mereka dibawa melintasi sempadan ke Mae Sot oleh sendikit yang mengenakan bayaran sebanyak 140,000 baht (lebih kurang RM19,000) kepada sendikit berkenaan. Difahamkan mereka telah membayar separuh daripada jumlah itu dalam mata wang Myanmar sebanyak 5.500,000 kyat kepada sendikit.

Ketika berada di Mae Sot, mereka diberi perlindungan oleh dua lelaki Thailand yang dikenali sebagai Roh, 47, dan Mongkol, 38. Kedua lelaki Thailand itu juga ditahan dan dituduh melindungi pendatang tanpa izin.


Menurut pihak berkuasa, kesemua 12 pendatang Rohingya itu akan dihantar pulang ke Myanmar setelah proses undang-undang selesai.

Baca – ATM Ketuai Task Force Sekat PATI

Dalam kita mengetatkan kawalan di sempadan dan lorong-lorong tikus, ternyata masih ada lagi dalang yang cuba untuk membawa masuk etnik Rohingya ke sini. Ini menunjukkan masih ada sendikit-sendikit yang masih beroperasi. Siapakah dalangnya, samada mereka ini rakyat tempatan atau sebaliknya kita sendiri tidak mengetahui.

Semoga negara kita terus dibersihkan daripada Pendatang Tanpa izin.


You May Also Like

About the Author: anakbapak

Saya akui memang anak bapak. Tapi ibu tidak terkecuali. Berminat buat blog sejak dibangku sekolah. Tak sangka buat blog ni mampu menjana pendapatan. Walau tidak seberapa kerana blog kita ni kecik, kadang-kadang ia membantu. Cita-cita nak travel ke mana saja. Kemudahan ada asalkan ada duit. Tak dapat naik British Airways, naik Air Asia atau Penerbangan Malaysia dah cukup. Makanan kegemaran, apa saja yang halal. KFC, McDonals dan Restoren Makanan Segera yang lain, jarang-jarang. Itu lah serba ringkas. Selamat Membaca blog Anak Bapak

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!