Berbuka Puasa Beramai-Ramai, 16 Ahli Keluarga Dijangkiti Covid-19

dijangkiti covid-19

Di Bahrain, satu majlis berbuka puasa bersama keluarga bertukar menjadi petaka apabila seramai 16 ahli keluarga dijangkiti Covid-19 menerusi salah seorang dari mereka.

16 Ahli Keluarga Dijangkiti Covid-19

Kementerian Kesihatan Bahrain melaporkan, 16 anggota keluarga itu dijangkiti kerana mereka gagal mematuhi langkah pencegahan termasuk mengelakkan perhimpunan atau perjumpaan ramai, memakai topeng muka dan melakukan penjara sosial.

sekeluarga dijangkiti covid-19
Pastikan mematuhi jarak sosial anda

Difahamkan, individu yang dijangkiti telah menyebabkan Covid-19 tersebar kepada semua ahli keluarga yang hadir ke majlis berbuka puasa
tersebut termasuk ibu bapa, adik-beradik dan beberapa orang kanak-kanak.

Kementerian Kesihatan Bahrain berkata: “Adalah menjadi tanggungjawab semua orang untuk mematuhi panduan dan langkah pencegahan sebagai usaha mencegah penyebaran virus”.

Dilaporkan juga pihak kementerian sedang meningkatkan usaha dan memperluaskan kemampuan ujian mereka bagi memastikan keselamatan orang ramai melalui pengesanan awal kes dan pengesanan kontak.


Sebelum ini direkodkan Bahrain mencatatkan 4,774 kes jangkitan Covid-19, manakala 2,055 kes telah pulih dan 8 kematian.

Baca  – Setiap 100 Tahun Wabak Penyakit Menular

Jadi, arahan setiap pihak berkuasa di sesebuah negara adalah untuk kebaikan bukannya untuk menyusahkan rakyat mereka. Bersusah-susahlah dahulu dan bersenang-senang kemudian. Semoga orang-orang kita kekal berdisiplin bagi menghalang rantaian Covid-19 daripada terus merebak.

Sumber: Gulf News via Video Viral


You May Also Like

About the Author: anakbapak

Saya akui memang anak bapak. Tapi ibu tidak terkecuali. Berminat buat blog sejak dibangku sekolah. Tak sangka buat blog ni mampu menjana pendapatan. Walau tidak seberapa kerana blog kita ni kecik, kadang-kadang ia membantu. Cita-cita nak travel ke mana saja. Kemudahan ada asalkan ada duit. Tak dapat naik British Airways, naik Air Asia atau Penerbangan Malaysia dah cukup. Makanan kegemaran, apa saja yang halal. KFC, McDonals dan Restoren Makanan Segera yang lain, jarang-jarang. Itu lah serba ringkas. Selamat Membaca blog Anak Bapak

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!