Bot Akan Dibaikpulih, 296 PATI Rohingya Tetap Akan Diusir Keluar Selepas Itu

pati rohingya

Setelah Bangladesh menolak untuk menerima PATI Rohingya yang menceroboh Malaysia, kesemua PATI berkenaan yang mendarat di Langkawi pada Isnin lalu tetap akan diusir keluar dari negara ini sebaik sahaja bot mereka siap dibaiki.

Menurut sumber, kerja-kerja membaik pulih kerosakan termasuk kebocoran bot yang disengajakan oleh PATI Rohingya akan dilakukan dengan kadar segera.

PATI Rohingya Tetap Akan Diusir Keluar

ROHINGYA mendarat di langkawi 1

“Enjin bot akan segera dibaiki dan sekiranya keadaan memerlukan, enjin bot akan diganti,

“Sebelum diusir keluar, mereka akan diberikan bekalan makanan dan minuman yang mencukupi untuk perjalanan mereka pulang ke negara asal,” jelasnya kepada AirTimes.

Isnin lalu, kita dikejutkan dengan kemasukan sejumlah 269 PATI Rohinya setelah menceroboh masuk ke negara ini menerusi perairan Langkawi.


Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengesahkan mereka ini telah bertindak merosakkan bot dan ada yang terjun ke dalam laut bagi meraih simpati pasukan keselamatan yang cuba mengusir mereka keluar.

ROHINGYA mendarat di langkawi

Dalam sidang media di Putrajaya semalam (9 Jun 2020), Ismail menegaskan para pendatang Rohingya yang telah ditahan di Langkawi tetap akan diusir keluar.

Beliau berkata, “Kepada pelarian etnik Rohingya, jangan anggap kita terima mereka. Tidak. Kita akan hantar balik atau serahkan kepada negara ketiga yang sebelum ini lantang menuduh Malaysia tidak berperikemanusian,

“Apabila kita hantar kepada negara ini, mereka akan rasai sendiri apabila berdepan dengan isu pelarian,” ujarnya lagi.

Pada Mei lalu, Kementerian Dalam Negeri menegaskan pemegang kad Suruhanjaya Tinggi Bangsa-bangsa Bersatu Mengenai Pelarian (UNHCR) termasuk Rohingya tetap diiktiraf sebagai PATI.

Kerjaaan juga mengarahkan agar pejabat UNHCR di Malaysia tidak memberikan kad pelarian kepada pelarian sesuka hati mereka tanpa merujuk kepada KDN dan pihak Imigresen.

Baca – 3 Negara Sedia Bantu Proses Hantar Balik PATI

Kami, rakyat Malaysia rata-rata bersetuju agar kerajaan tidak lagi menerima mereka setelah apa yang mereka (yang telah lama tinggal di Malaysia) tunjukkan kepada kita. Apa yang kita lihat, kebaikan kita tidak digunakan sebaiknya oleh mereka.


You May Also Like

About the Author: anakbapak

Saya akui memang anak bapak. Tapi ibu tidak terkecuali. Berminat buat blog sejak dibangku sekolah. Tak sangka buat blog ni mampu menjana pendapatan. Walau tidak seberapa kerana blog kita ni kecik, kadang-kadang ia membantu. Cita-cita nak travel ke mana saja. Kemudahan ada asalkan ada duit. Tak dapat naik British Airways, naik Air Asia atau Penerbangan Malaysia dah cukup. Makanan kegemaran, apa saja yang halal. KFC, McDonals dan Restoren Makanan Segera yang lain, jarang-jarang. Itu lah serba ringkas. Selamat Membaca blog Anak Bapak

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!