3 Negara Sedia Bantu Proses Penghantaran PATI

Penghantaran PATI

3 Negara sedia bantu proses penghantaran PATI ke negara asal masing-masing. Kedutaan Bangladesh, Indonesia dan Nepal di negara ini bersedia untuk bekerjasama dengan Malaysia dari segi koordinasi urusan menghantar pulang pendatang asing tanpa izin (PATI) ke negara masing-masing.

3 Negara sedia bantu proses penghantaran PATI

Kaunselor Penerangan, Sosial dan Hal Ehwal Budaya Kedutaan Besar Indonesia, Agung Cahaya Sumirat, pihaknya akur dengan pengemuman kerajaan Malaysia dan bersedia untuk membantu melancarkan proses penghantaran PATI dari Indonesia meskipun rumit.

Katanya lagi, pihak kedutaan tidak boleh mengulas secara terperinci kerana setakat ini belum menerima ‘surat rasmi’ daripada kerajaan Malaysia berhubung perkara itu.

KL Lockdown 1
Gambar Hiasan

“Ya, kami pantau situasi ini dari pemberitaan. Begini, proses hantar pulang seperti disampaikan Menteri Kanan (Keselamatan) belum terjadi. Jadi, kami belum boleh memberi komen secara spesifik.

“Sebenarnya, urusan hantar pulang PATI cukup rumit. Perlu banyak komunikasi dan koordinasi dengan pelbagai pemegang taruh baik di Malaysia atau pun di negara asal PATI


“Namun, kami baca dan pantau perkembangan keputusan pemerintah Malaysia. Kami juga hormati aturan dan hukum yang berlaku di Malaysia. Kami bersedia berkomunikasi dan berkoordinasi,” katanya ketika dihubung BH, hari ini.

Suruhanjaya Tinggi Bangladesh di Malaysia melalui jurucakapnya berkata, pihaknya sedia bekerjasama dengan Malaysia bagi menyelesaikan situasi yang dicetuskan pandemik COVID-19.

Menurut mereka, kerjasama itu bukan sahaja membabitkan urusan rawatan terhadap rakyatnya tetapi merangkumi urusan penghantaran pulang.

“Lazimnya, mereka yang berada di kem selepas selesai penjara akan dipindah mengikut penghakiman oleh mahkamah. Ia adalah proses biasa.

“Lagi pun, kedua-dua kerajaan memang bekerjasama untuk selesaikan keadaan yang berpunca daripada COVID-19 termasuk merawat dan pengusiran orang.

“Pada masa sama, warga kami yang dijangkiti COVID-19 di tiga kem (Depoh Tahanan Imigresen Sepang, Bukit Jalil dan Semenyih) sedang mendapatkan rawatan. Pihak kami sentiasa bekerjasama dengan kerajaan Malaysia,” katanya kepada BH.

proses penghantaran pati
Antara warga asing yang diperiksa oleh Jabatan Imigresen. Foto: JIM

Nepal juga berpendirian sama menerusii Konsulat Jeneralnya di Malaysia, Datuk Huan Cheng Guan. Beliau berkata pihaknya tiada masalah untuk menjalinkan kerjasama bagi membantu kerajaan Malaysia supaya urusan membabitkan penghantaran PATI dari Nepal berjalan lancar.

Semalam, Malaysia memaklumkan semua PATI yang disahkan negatif COVID-19 ketika ditahan di Depoh Tahanan Imigresen (DTI) akan dihantar pulang ke negara asal.

Perkara itu dimaklumkan oleh Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada sidang media harian di Putrajaya selepas mempengerusikan Mesyuarat Khas Pengurusan PATI.

Tegas beliau, operasi memburu PATI akan diteruskan walaupun ketika Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) berkuat kuasa bagi membolehkan pihak berkuasa membuat saringan kesihatan dan memastikan status kesihatan berkaitan COVID-19.

Baca – 3 Depoh Imigresen Disahkan Kes C0V1D019

Beliau telah mengarahkan Kementerian Luar untuk berbincang dengan rakan sejawat negara berkaitan berhubung proses penghantaran PATI dari negara mereka sepertimana yang dilaporkan oleh BH Online.


You May Also Like

About the Author: anakbapak

Saya akui memang anak bapak. Tapi ibu tidak terkecuali. Berminat buat blog sejak dibangku sekolah. Tak sangka buat blog ni mampu menjana pendapatan. Walau tidak seberapa kerana blog kita ni kecik, kadang-kadang ia membantu. Cita-cita nak travel ke mana saja. Kemudahan ada asalkan ada duit. Tak dapat naik British Airways, naik Air Asia atau Penerbangan Malaysia dah cukup. Makanan kegemaran, apa saja yang halal. KFC, McDonals dan Restoren Makanan Segera yang lain, jarang-jarang. Itu lah serba ringkas. Selamat Membaca blog Anak Bapak

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!