Seludup Migran – 3 Polis, 11 Ahli Sindiket Ditahan

seludup migran

Tiga anggota polis ditahan bersama 11 ahli sindiket seludup migran menerusi Op Benteng di Perak.

Ketua Polis Perak, Datuk Razarudin Husain berkata, anggota yang ditahan berusia dalam lingkungan 30-an. Mereka bertugas di Balai Polis Hutan Melintang itu ditahan apabila disyaki membantu sindiket penyeludupan PATI ke Perak.

Sindikit Seludup Migran Ditahan

6 rakyat tempatan dan 5 warga Indonesia berusia lingkungan 33 hingga 66 tahun yang bertindak sebagai ejen turut ditahan dalam beberapa siri serbuan.

Ketua Polis Perak
Ketua Polis Perak, Datuk Razarudin Husain

“Rangkaian sindiket ini terdiri daripada ejen yang menerima tempahan migran untuk kembali ke negara asal, pengangkutan menggunakan kereta persendirian dan teksi, penyedia rumah penampungan PATI, pemilik bot serta ketua penyeludup jiran.

“Siasatan mendapati, sindiket ini memfokuskan aktiviti penyeludupan migran menerusi laluan tidak diwartakan di kawasan Hutan Melintang di daerah Hilir Perak,” katanya dalam satu kenyataan.


Polis turut merampas kenderaan yang disyaki digunakan dalam aktiviti tersebut iaitu sebuah bot nelayan kelas C, sebuah bot laju, dua kereta jenis Proton dan 21 telefon bimbit pelbagai jenama. Keseluruhannya barang rampasan itu dianggarkan bernilai hampir RM1 juta.

Semua suspek mendapat perintah tahanan reman di bawah Seksyen 4(5) Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 (SOSMA) selama 28 hari bermula 5 Jun lalu.

Kertas siasatan akan dirujuk kepada Pejabat Peguam Negara dalam masa terdekat untuk mendapatkan arahan pendakwaan di bawah Seksyen 130V hingga 130ZB Bab VIB Jenayah Terancang Kanun Keseksaan.

Razarudin berkata, aktiviti penyeludupan dikesan aktif sejak 2014 tetapi berjaya ditumpaskan polis pada 2015 dengan mengenakan tindakan di bawah Akta Pencegahan Jenayah 1959 (POCA) ke atas sembilan ahli sindiket ketika itu.

Aktiviti penyeludupan migran dibendung sepenuhnya pada 2016 hingga 2017 sebelum dikesan kembali aktif pada 2019 setelah semua tangkapan POCA dibebaskan.

Sumber dan Foto: Sinar Harian

Baca – 11 PATI Ditahan Dalam 3 Bot Tempatan di Hutan Melintang

Polis giat mengesan dan mengenal pasti beberapa lagi ejen PATI yang masih bebas. Polis juga memberi amaran keras dan tindakan tegas akan diambil ke atas semua pihak yang terlibat dalam aktiviti seludup migran.


You May Also Like

About the Author: anakbapak

Saya akui memang anak bapak. Tapi ibu tidak terkecuali. Berminat buat blog sejak dibangku sekolah. Tak sangka buat blog ni mampu menjana pendapatan. Walau tidak seberapa kerana blog kita ni kecik, kadang-kadang ia membantu. Cita-cita nak travel ke mana saja. Kemudahan ada asalkan ada duit. Tak dapat naik British Airways, naik Air Asia atau Penerbangan Malaysia dah cukup. Makanan kegemaran, apa saja yang halal. KFC, McDonals dan Restoren Makanan Segera yang lain, jarang-jarang. Itu lah serba ringkas. Selamat Membaca blog Anak Bapak

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!