Selain Covid 19, Pernah Ibadat Haji Ditutup 40 Kali Akibat Wabak & Peristiwa Lain

ibadat haji ditutup

Wabak corona virus yang melanda hampir seluruh dunia seolah-olah tiada tanda-tanda ianya berkurangan. Hinggakan peluang untuk umat islam melakukan ibadah umrah kini terhenti. Adakah ibadah Haji untuk tahun ini juga mempunyai nasib yang sama?

40 Kali Ibadat Haji Ditutup

Jika benar apa yang dikatakan, ini bukanlah kali pertama Kaabah ditutup bagi tujuan ibadah umrah ataupun haji. Sejarah telah tercatat bahawa pernah ibadat haji ditutup sebanyak 40 kali samada disebabkan wabak yang merbahaya ataupun sesuatu perkara lain.

ibadat haji ditutup
Setiap tahun umat islam berkumpul menunaikan Ibadat Haji di Mekah

Berikut ringkasan catatan sejarah bagaimana atau punca ibadat haji ditutup sepertimana yang dikongsikan oleh Syuq Faqat al Fansuri.

1. Penyakit Kulit
Penyakit kulit yang hampir serupa dengan penyakit kusta atau lepra ini melanda pada tahun 1814. Ia menyebabkan ibadat haji ditutup. Kira-kira 8,000 orang dikatakan telah meninggal dunia. Wabak tersebut disebabkan oleh virus yang terkena pada haiwan ternakan. Mereka yang dijangkiti wabak ini akan mengalami luka-luka pada kulit dan berbau busuk.

2. Wabak Hindi
Wabak ini dikatakan berasal dari India berlaku pada tahun 1831. Ia mengakibatkan ibadat haji ditutup dan tiga perempat jemaah haji telah menemui penciptanya.


Mekah 3
Semoga para jemaah terhindar dari segala mala petaka

3. Wabak Kolera
Berlaku pada tahun 1846 dan menyebabkan ibadah haji ditutup. Ia berulang pada tahun 1650, 1865, dan 1883. Kolera terus menerus menyebabkan kematian. Bahkan, pada 1892 yang juga bertepatan dengan musim haji, ia telah mengakibatkan mangsa-mangsa meninggal di jalanan.

4. Wabak Tifus
Wabak yang melanda pada tahun 1995 juga ini mengakibatkan ibadah haji juga ditutup. Ia mirip kepada demam tifoid atau disentri. Wabak ini didakwa berpunca dari rombongan yang datang dari Madinah.

5. Wabak Meningitis
Wabak yang berlaku pada tahun 1987 itu telah menyebabkan 10,000 jemaah haji dijangkiti.

JABAL UHUD
Suasana di Jabal Uhud. Mungkin tahun ini Haji ditunda?

Selain daripada wabak, ibadah haji juga pernah ditutup disebabkan oleh beberapa peristiwa lain. Antaranya adalah peristiwa yang berlaku pada tahun 983 yang disebabkan dari perselisihan antara Bani Abbas dan Bani ‘Abid. Akibat daripada kejadian tersebut, jemaah dari Iraq dilarang mengerjakan ibadah haji selama lapan tahun.

Ada beberapa lagi peristiwa lain yang menyebabkan ibadat haji terpaksa ditutup.

mekah 1
Sama-sama berdoa agar Ibadat Haji dan Umrah mampu dilaksanakan dengan segera dan selamat

Baca – Kaitan Perubahan Warna Alam Dengan Waktu Solat

Walupun kini, ibadah umrah ditutup oleh Kerajaan Arab Saudi kerana virus corona, sama-sama kita doakan semoga umat Islam segera berpeluang untuk melaksanakannya termasuk ibadat Haji. Kepada Allah kita berserah dengan doa yang tiada henti. Wallahu a’lam.


You May Also Like

About the Author: anakbapak

Saya memang anak bapak dan ibu. Seorang lelaki biasa namun ada perlindungan insurans, takaful dan medical card. Saya suka melancong (travel) terutama ke Korea, Jepun, Eropah dan Australia. Gemar menaiki pesawat tambang murah seperti Air Asia, Malindo, Fire Fly dan Scoot. Berhasrat mahu ke Amerika Syarikat. Makanan kegemaran KFC, Western Food, McDonalds, Masakan India dan Thailand. Kereta Honda tetapi mahu membeli Ferrari atau Lamborghini tetapi tidak mampu. Telefon hanya guna Samsung dan vivo. Dulu pernah guna oppo. Huawei tidak pernah cuba. Suka juga layari laman niaga Ali Baba, e-bay dan Amazon. Berhasrat mahu memiliki banglo mewah kalau ada duit. Orang kata nak banyak duit main forex atau bitcoin tapi saya tidak berani. Itulah serba ringkas tentang saya.

1 Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!