5 Juta Telah Keluar Dari Wuhan Sebelum Arahan Berkurung Oleh Kerajaan

penduduk wuhan

Beijing: Kerajaan China mengesan kira-kira lima juta penduduk telah meninggalkan Wuhan sebelum kerajaan mengumumkan tempoh berkurung akibat penyebaran k0r0nav1rus sepertimana yang dilaporkan oleh Metro Online.

5 JUTA TELAH KELUAR DARI WUHAN

Datuk Bandar Zhou Xianwang berkata dalam sidang media, selepas pengumuman berkurung dilaksanakan, terdapat kira-kira sembilan juta orang masih berada di bandar itu.

Wuhan telah diarahkan penutupan oleh Kerajaan China dan beberapa bandar lagi sejak Khamis lalu untuk mengekang v1rus berkenaan terus tersebar. Namun kebanyakan penduduk bandar sudah meninggalkan kediaman masing-masing sebelum arah itu dikeluarkan.

WUHAN
Aktiviti adalah terbatas di Wuhan. Foto: Phil Houghton

Malah, ada yang tergesa-gesa meninggalkan kediaman mereka sejurus pengumuman dibuat Rabu lalu.

Sementara itu, CNA melaporkan Kerajaan China memperluaskan cuti Tahun Baru Cina selama tiga hari dengan tiga hari hingga 2 Feb, dalam usaha untuk memperlahankan penyebaran v1rus itu. Tahun Baru Cina biasanya merupakan masa untuk berjuta-juta orang melakukan perjalanan, tetapi banyak yang perlu membatalkan rancangan mereka.


China telah mengumumkan tempoh berkurung di Wuhan, satu operasi yang tidak pernah berlaku sebelum ini yang menjejaskan puluhan juta orang dan bertujuan memperlambat penghantaran v1rus pernafasan.

penduduk wuhan
Setiap penduduk diperiksa dengan ketat

Keupayaannya untuk penyebaran kelihatan “bertambah kuat” walaupun ia “tidak sekuat S4RS”, kata pegawai kesihatan China atas satu sidang akhbar.

V1rus yang sebelum ini tidak diketahui telah menyebabkan kebimbangan dunia kerana kesamaannya dengan pat0gen Sindr0m Pernafasan 4kut Teruk (S4RS), yang menyebabkan beratus-ratus orang di tanah besar China dan Hong Kong men1ngg4l pada tahun 2002-2003.

Di Wilayah Shandong dan empat bandar raya iaitu Beijing, Shanghai, Xi’an dan Tianjin – mengumumkan pengharaman bas jarak jauh memasuki atau meninggalkan, satu langkah yang akan menjejaskan berjuta-juta orang yang melancong dalam percutian Tahun Baru Lunar.

Sehingga artikel ini ditulis, sebanyak 2761 kes dilaporkan dengan 81 kem4t1an. Nampaknya semakin bertambah. Semoga kita dijauhi dari w4bak ini walaupun belum ada rancangan dari kerajaan kita untuk menyekat kemasukan pelacong dari China.


You May Also Like

About the Author: anakbapak

Saya akui memang anak bapak. Tapi ibu tidak terkecuali. Berminat buat blog sejak dibangku sekolah. Tak sangka buat blog ni mampu menjana pendapatan. Walau tidak seberapa kerana blog kita ni kecik, kadang-kadang ia membantu. Cita-cita nak travel ke mana saja. Kemudahan ada asalkan ada duit. Tak dapat naik British Airways, naik Air Asia atau Penerbangan Malaysia dah cukup. Makanan kegemaran, apa saja yang halal. KFC, McDonals dan Restoren Makanan Segera yang lain, jarang-jarang. Itu lah serba ringkas. Selamat Membaca blog Anak Bapak

2 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!