Abam Bocey Dipanggil Mengadap Ilahi

abam bocey

Pelawak popular tanahair, Abam Bocey disahkan meninggal di rumahnya di Gombak pada Isnin. Menurut Astro Awani, berita mengejutkan itu telah dimaklumkan kepada Gempak oleh adik allahyarham iaitu Ali.

Ali memberitahu bahawa isteri Abam, Nor Hidayah menghubunginya memaklumkan Abam dalam keadaan tidak sedarkan diri.

abam bocey meninggal dunia
Aksi Abam sangat mencuit hati penonton – foto: Insta Abam Bocey

Abam Bocey Meninggal

Dalam keadaan yang beremosi Ali memberitahu dia bergegas ke rumah Abam dan mendapati beliau dalam keadaan tidak bernafas. Berita ini turut disahkan oleh isteri Abam, Nor Hidayah.

Hidayah memaklumkan bahawa sebelum ini Allahyarham mengadu kurang sihatdan demam sejak dua hari lalu.

Hidayah memberitahu lagi, beberapa hari yang lalu arwah Abam mengadu sakit kepala dan demam namun dia tidak mahu untuk pergi mendapatkan rawatan di hospital.


“Katanya hanya sakit kepala biasa dan demam.Tapi pagi tadi sewaktu saya kejutkan dia untuk bangun solat subuh, namun tidak ada tindak balas daripada dia,” kata Hidayah sambil menangis teresak-esak.

Umum tahu Abam dan Nor Hidayah telah melangsungkan perkahwinan pada tahun 2017 dan dikurniakan seorang cahaya mata lelaki, Syed Uthman Hamzah Al-Juffrey bin Syed Umar Mokhtar Al-Juffrey, kini berusia 5 bulan.

Nama sebenar Abam adalah Syed Umar Mokhtar bin Syed Mohd Redzuan, 32, yang dikenali sebagai seorang pelawak, pelakon dan ahli kumpulan Bocey bersama Fad dan Acey.

Pemergian Abam sudah tentu dirasai oleh semua peminat. Apatah lagi keluarganya dan tidak lupa juga ahli kumpulannya iaitu Fad dan Achey

Abam Bocey Meninggal – Ini reaksi sabahat baik Abam:

View this post on Instagram

Kenapa awal sangat bam!!!…. mana janji kau…!!… ya Allah… guyss abam dah takda guyss…

A post shared by achey Bocey 013-6408967 (mngr) (@acheykintangkintung) on

Semoga Arwah Abam tenang di sana, dicucuri rahmat dan di tempatkan di kalangan orang-orang yang beriman – anakbapak


You May Also Like

About the Author: anakbapak

Saya memang anak bapak dan ibu. Seorang lelaki biasa namun ada perlindungan insurans, takaful dan medical card. Saya suka melancong (travel) terutama ke Korea, Jepun, Eropah dan Australia. Gemar menaiki pesawat tambang murah seperti Air Asia, Malindo, Fire Fly dan Scoot. Berhasrat mahu ke Amerika Syarikat. Makanan kegemaran KFC, Western Food, McDonalds, Masakan India dan Thailand. Kereta Honda tetapi mahu membeli Ferrari atau Lamborghini tetapi tidak mampu. Telefon hanya guna Samsung dan vivo. Dulu pernah guna oppo. Huawei tidak pernah cuba. Suka juga layari laman niaga Ali Baba, e-bay dan Amazon. Berhasrat mahu memiliki banglo mewah kalau ada duit. Orang kata nak banyak duit main forex atau bitcoin tapi saya tidak berani. Itulah serba ringkas tentang saya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *