Abang Botak Dibebaskan

Abang botak

Abang Botak dibebaskan sementara apabila perlaksanaan hukuman ke atasnya ditangguh. Sebelum ini lelaki yang bernama Danial Tan Abdullah, 31, dijatuhkan hukuman penjara 12 bulan kerana merosakkan sebuah kereta dengan menggunakan topi keledar.

Abang Botak Dibebaskan Sementara

Dengan penangguhan itu, beliau hanya sempat bermalam selama 6 hari sahaja di dalam penjara. Menurut laporan Sinar Harian, buat masa ini dia dibebaskan sementara.

Mahkamah Majistret Petaling Jaya telah membenarkan permohonan untuk menangguhkan perlaksanaan hukuman terhadap beliau. Pendengaran permohonan telah dijalankan di depan Majistret Nur Shahira Abdul Salim pada hari Jumaat yang lepas.

Mahkamah juga telah menetapkan RM6,000 sebagai jaminan. Danial Tan diarahkan melapor diri 2 kali sebulan di balai polis yang berdekatan.

Pada 3hb Jun lalu, Abang Botak juga turut memfail semakan terhadap hukuman 12 bulan penjara terhadapnya di Mahkamah Tinggi Shah Alam. Perkara ini disahkan oleh peguam yang mewakilinya iaitu Nur Rafiuddin Maswari.


Danial yang bekerja sebagai pembantu stor kilang Pada 31 Mei lalu, telah dijatuhi hukum4n 12 bulan penj4ra selepas mengaku bers4lah memec4hkan cermin hadapan kereta jenis Produa Axia milik seorang wanita.

Danial Tan terpaksa dihantar ke penjara kerana tidak membuat permohonan untuk penangguhan hukuman selepas hukuman itu dijatuhkan.

Sebelum itu tular video di media sosial di mana seorang lelaki dilihat memberhentikan motosikal yang dinaiki di depan sebuah kereta. Beliau terus mengetuk cermin kereta yang dinaiki mangsa menggunakan topi keledar hingga mengalami kerosakan.

Video Sebelum kejadian menunjukkan dua orang lelaki menaiki motosikal beriringan. Ia telah menyebabkan terjadi sedikit gangguan kepada kenderaan yang dinaiki mangsa. Namun Danial mempunyai ceritanya sendiri mengapa beliau boleh berindak seperti itu.

Abang botak berindak di luar dugaan hingga kenderaan yang dinaiki mangsa mengalami kerosakan. Akhirnya beliau ditahan setelah video itu menjadi tular di laman sosial.

Semoga Abang Botak mendapat iktibar dan pengajaran berharga buat diri sendiri serta orang lain. Apa komen anda? Komen baik-baik ye.

Baca Juga – Wanita Selamat Dari Hukuman Mati

Layari juga page kami di @Anak Bapak


You May Also Like

About the Author: anakbapak

Saya memang anak bapak dan ibu. Seorang lelaki biasa namun ada perlindungan insurans, takaful dan medical card. Saya suka melancong (travel) terutama ke Korea, Jepun, Eropah dan Australia. Gemar menaiki pesawat tambang murah seperti Air Asia, Malindo, Fire Fly dan Scoot. Berhasrat mahu ke Amerika Syarikat. Makanan kegemaran KFC, Western Food, McDonalds, Masakan India dan Thailand. Kereta Honda tetapi mahu membeli Ferrari atau Lamborghini tetapi tidak mampu. Telefon hanya guna Samsung dan vivo. Dulu pernah guna oppo. Huawei tidak pernah cuba. Suka juga layari laman niaga Ali Baba, e-bay dan Amazon. Berhasrat mahu memiliki banglo mewah kalau ada duit. Orang kata nak banyak duit main forex atau bitcoin tapi saya tidak berani. Itulah serba ringkas tentang saya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!