2 ADUN Sabah Keluar Parti dan Nyatakan Sokongan Kepada PN

adun sabah

2 ADUN Sabah Keluar Parti – Dua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dari Sabah umum keluar parti hari ini. Kedua-duanya adalah daripada Pertubuhan Progresif Kinabalu Bersatu (UPKO), sebuah parti dari blok kerajaan negeri mengumumkan keluar dari UPKO berkuat kuasa serta merta.

2 ADUN Sabah Keluar Parti

ADUN Sugut Datuk James Ratib dan ADUN Kuala Penyu Datuk Limus Jury kini menjadi ADUN Bebas. Mereka menyatakan sokongan kepada Perikatan Nasional demi pembangunan di kawasan mereka.

Mereka membuat pengumuman berkenaan dalam satu sidang akhbar yang diadakan di kediaman Limus di Jalan Pintas, Penampang. Semasa pengumuman dibuat, dilihat beberapa penyokong mereka juga turut menghadirkan diri.

Limus sebelum ini merupakan Naib Presiden UPKO dan Ketua UPKO Bahagian Beaufort manakala James adalah Ahli Majlis Tertinggi UPKO.

Limus memberitahu, keputusan untuk meninggalkan UPKO adalah kerana telah hilang kepercayaan terhadap pucuk kepimpinan parti yang tidak konsisten ketika ini dalam perjuangan dan matlamat hala tuju parti.


Sebelum ini terdapat desas desus mengatakan 4 MP dari Warisan akan lompat parti namun disangkal oleh pihak atasan parti berkenaan.

Sumber: Sinar Harian


You May Also Like

About the Author: anakbapak

Saya akui memang anak bapak. Tapi ibu tidak terkecuali. Berminat buat blog sejak dibangku sekolah. Tak sangka buat blog ni mampu menjana pendapatan. Walau tidak seberapa kerana blog kita ni kecik, kadang-kadang ia membantu. Cita-cita nak travel ke mana saja. Kemudahan ada asalkan ada duit. Tak dapat naik British Airways, naik Air Asia atau Penerbangan Malaysia dah cukup. Makanan kegemaran, apa saja yang halal. KFC, McDonals dan Restoren Makanan Segera yang lain, jarang-jarang. Itu lah serba ringkas. Selamat Membaca blog Anak Bapak

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!