Ingat Lagi Kembar Siam Ahmad dan Muhammad? Inilah Keadaan Mereka Sekarang

Pasangan Kembar Ahmad Muhammad

Tentu anda semua masih ingat pasangan Ahmad dan Muhammad. Mereka merupakan anak istimewa yang merupakan pasangan kembar siam yang mendapat perhatian dunia satu ketika dulu kerana dilahirkan bercantum di bahagian dada dan punggung.

Pasti kisah pasangan kembar siam ini masih segar dalam ingatan rakyat Malaysia apabila terbaca artikel ini. Manakan tidak, kisah mereka berdua mendapat liputan begitu meluas satu ketika dahulu.

Seiring dengan peredaran masa, kisah pasangan ini seolah-olah lenyap seakan hilang dari pengetahuan kita semua jika tidak dibangkitkan kembali.

kembar siam
Pasangan Ahmad dan Muhammad satu ketika dulu selepas pembedahan

Pasangan ini dilahirkan pada 1998 dan telah menjalani pembedahan pemisahan di Hospital King Fahd National Guard di Riyadh, Arab Saudi pada 2002. Pembedahan tersebut dibiayai sepenuhnya oleh Putera Mahkota Arab Saudi, Putera Abdullah Abdul Aziz. Difahamkan kos keseluruhan menelan belanja sebanyak RM1.7 juta.

Untuk pengetahuan anda semua, ternyata ‘kehilangan’ mereka berdua sebenarnya berisi. Pasangan kembar ini memanfaatkan masa muda mereka berdua dengan ilmu dan berjaya melanjutkan pengajian hingga ke menara gading. Mereka kini bergelar mahasiswa.


KEMBAR AHMAD MUHAMMAD
Mereka kini bergelar MAHASISWA

MENYAMBUNG PENGAJIAN

Ahmad Rosli dan Muhammad Rosli, 21, menyambung pengajian di Management and Science University (MSU) di Shah Alam sejak Mac 2016. Ahmad mengambil jurusan Diploma Reka Bentuk Grafik manakala adiknya Muhammad mengikuti pengajian Ijazah Sains Komputer dalam bidang Teknologi Maklumat.

“Adik saya berjaya melanjutkan pengajian ke peringkat ijazah sedangkan saya masih di peringkat diploma. Saya tak sempat habiskan pengajian diploma kerana sebelum ini saya berhadapan dengan masalah kesihatan dan memaksa saya untuk membuat perubahan jadual. Jadi ia memakan masa untuk menguruskannya,” kata Ahmad.

Pasangan ini memilih untuk menjadi mahasiswa di MSU kerana tertarik dengan tawaran kursus yang disediakan. Selain itu MSU juga menyediakan kemudahan prasarana untuk Orang Kelainan Upaya (OKU) serta berdekatan dengan rumahnya di Puchong. Ianya memudahkan kedua pasangan ini berulang-alik.

MEREKA SERASI BERSAMA

“Dulu, kononnya nak ambil jurusan seni halus, namun di MSU tak ada jurusan tersebut. Kalau nak kena ambil di universiti lain, tapi tak ada disediakan kemudahan OKU pula. Selepas berfikir, saya buat keputusan untuk menerima tawaran belajar di MSU,” katanya.

Walaupun peramah Ahmad merupakan seorang yang pendiam dan tidak mempunyai ramai kawan di kampus. Berbeza dengan Muhammad, dia seorang yang peramah dan mempunyai ramai kawan baik.

“Kami memang serasi untuk bersama dan boleh dikatakan Muhammad ibarat kawan baik saya. Pergi ke mana-mana berdua. Buat keputusan pun bersama,” katanya.

KEKURANGAN BUKAN HALANGAN

Ahmad Muhammad MSU
Ahmad dan Muhammad bersama sebahagian delegasi Arab Saudi yang berkunjung ke MSU

Mereka mendapat tajaan dari Lembaga Zakat Selangor dan sangat bersyukur kerana dihadiahkan dua kerusi roda hasil sumbangan pihak tertentu untuk memudahkan pergerakan mereka.

“Sejak ada kerusi roda ini, kami dah tak pakai tongkat. Kerusi roda manual ini sangat membantu dalam memudahkan pergerakan kami dengan lebih cepat. Kalau sebelum ini kami guna kerusi roda jenis hospital, susah nak tolak sebab besar dan tangan jadi cepat melecet,” katanya.

Menceritakan tentang waktu menghadiri kuliah, Ahmad berkata disebabkan mereka berlainan jurusan, maka waktu kelas juga kadang-kadang berbeza. Ada ketikanya kelas Ahmad dan Muhammad berbeza waktunya.

“Kami akan datang ke kelas setiap pagi meskipun salah seorang dari kami ada kelas petang. Biasanya Muhammad mula kelas 8 pagi manakala saya ada kelas jam 4 petang. Kami akan tunggu sampai masing-masing tamat kelas dan barulah kami balik ke rumah.

msu
Kekurangan tidak menghalang mereka ke menara gading

“Memang lama juga nak tunggu sampai waktu kelas tamat, tapi kami tak nak susahkan ayah, Rosli Abdul Rahim, 48, dan ibu tiri, Junaidah Awang, 43, untuk kerap hantar dan ambil kami ke kelas, lagipun mereka juga perlu hantar dan ambil adik-adik dari sekolah, yang berumur 17,14,11 dan 6 tahun.

“Dalam tempoh menunggu tu, saya banyak habiskan masa dengan melukis. Saya suka melukis potret dan yang selalu jadi mangsa adalah Muhammad. Saya akan ke surau untuk melukis kerana di situ saya boleh meniarap. Tambahan pula saya dan Muhammad tak boleh duduk terlalu lama sebab daging pinggul tak ada, jadi cepat lenguh apabila duduk,” katanya lagi.

muhammad dan ahmad
Sebelum mereka dipisahkan

Baca Juga: Kisah Muhammad Alif Firdaus Menderita Penyakit Kulit Rapuh

Ahmad dan Muhammad mahu menjadi contoh dan teladan yang baik buat adik-adiknya dan mereka tidak mahu menjadikan ‘kekurangan’ sebagai halangan untuk melakukan kerja seperti manusia normal yang lain. Ini adalah tekad mereka sebagai anak sulung dalam keluarga.

Difahamkan Ahmad akan mencari kerja atau berkhidmat sebagai pereka grafik bebas. Dia bukannya tidak mahu sambung belajar ke peringkat ijazah tetapi faktor kesihatannya yang tidak menentu untuk berbuat demikian.

Bagi Muhammad pula dia mungkin bekerja atau menyambung sehingga ke peringkta Master. Pasangan ini pernah menjalani latihan praktikal di SIRIM.

Jangan lupa layari facebook anakbapak.

Sumber: Kampus Uols



You May Also Like

About the Author: anakbapak

Saya memang anak bapak dan ibu. Seorang lelaki biasa namun ada perlindungan insurans, takaful dan medical card. Saya suka melancong (travel) terutama ke Korea, Jepun, Eropah dan Australia. Gemar menaiki pesawat tambang murah seperti Air Asia, Malindo, Fire Fly dan Scoot. Berhasrat mahu ke Amerika Syarikat. Makanan kegemaran KFC, Western Food, McDonalds, Masakan India dan Thailand. Kereta Honda tetapi mahu membeli Ferrari atau Lamborghini tetapi tidak mampu. Telefon hanya guna Samsung dan vivo. Dulu pernah guna oppo. Huawei tidak pernah cuba. Suka juga layari laman niaga Ali Baba, e-bay dan Amazon. Berhasrat mahu memiliki banglo mewah kalau ada duit. Orang kata nak banyak duit main forex atau bitcoin tapi saya tidak berani. Itulah serba ringkas tentang saya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!