KUANTAN: Isteri mangsa lelaki maut kerana dilanggar sebuah kereta yang dipandu melawan arus oleh seorang lelaki mabvk di Jalan Pintasan Kuantan di sini, malam tadi, berharap pelaku menerima hukuman setimpal.
Hukvman itu diharapkan memberi pengajaran kepada individu lain untuk tidak melakukan kesalahan serupa yang boleh menyebabkan ada keluarga kehilangan orang tersayang serta tulang belakang keluarga.
“Saya dan anak-anak berharap arwah suami akan memperoleh keadilan. Arwah adalah anak, suami dan bapa yang baik serta bertanggungjawab, malah kejadian berlaku semasa arwah dalam perjalanan mencari rezeki untuk keluarga.
“Saya teringat betapa arwah bersungguh-sungguh mahu membeli rumah semasa kami berkahwin pada tahun 2011 untuk memastikan kami mempunyai tempat berteduh yang sempurna,” katanya semasa dihubungi di sini, hari ini.
Dirempuh Pemandu Mabvk Lawan Arus
Semalam, Irwan Herman Kamarudin, 41 tahun, mavt selepas kereta Toyota Yaris yang dipandunya dirempuh kereta Toyota C-HR yang dipandu oleh seorang lelaki yang juga peraih ikan berusia 42 tahun secara melawan arus dalam keadaan mabvk kira-kira jam 9.20 malam tadi.
Allahyarham Irwan Herman, seorang penyelia di Alam Flora Sdn Bhd sejak tahun 2016, difahamkan dalam perjalanan dari rumahnya di Sungai Isap Perdana di sini untuk ke tempat kerja di Gebeng.
Menurut Zetti Haryanti Hassan, 42 tahun, sudah menjadi rutin setiap bulan arwah bekerja pada waktu malam mengikut jadual, dan antara tugasan yang perlu dilakukan pada syif tersebut ialah ke depoh syarikat di Gebeng.
“Arwah seperti biasa sebelum bertolak ke tempat kerja. Arwah juga ceria semasa kami menyambut Aidilfitri di rumah ibu bapanya di Taman Guru di sini, walaupun arwah bekerja pada sebelah pagi.
“Cuma, sejak beberapa hari lalu, arwah akan terus tidur sebaik sahaja pulang dari tempat kerja dan saya beranggapan mungkin arwah keletihan,” katanya.
Zetti Haryanti berkata beliau akan menjaga dua anaknya berusia lapan dan 14 tahun, termasuk seorang daripada perkahwinan terdahulu arwah, dengan pendapatannya sebagai peniaga.
Jenaz4h akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung SC di sini selepas tamat bed4h siasat bagi ujian saringan COVID-19 hari ini.
Mabvk Juga – Baru 2 Bulan Kehilangan Ayah, Kini Ibu Pula Pergi Untuk Selamanya
Sumber: Astro Awani
Terdahulu, pada malam kejadian Ketua Polis Daerah Kuantan, ACP Mohamad Noor Yusof Ali berkata, polis menerima maklumat dari orang awam mengenai seorang mangsa yang dipercayai dil4nggar oleh seorang pemandu yang di bawah pengaruh alk0h0l serta memandu melawan arus pada kira-kira jam 9.38 malam.
Menurutnya, kejadian berlaku apabila pemandu kereta jenis Toyota CHR yang datang dari arah Semambu itu telah memasuki jalan menghala ke pelabuhan secara melawan arus.
Ia turut dipandu secara merb4haya dan telah mengakibat beberapa kenderaan lain mengalami kem4langan kerana mengelak dari bertembung, katanya.
Inilah bahayanya mabvk. Lebih menyedihkan kebanyakan mangsa adalah orang-orang yang tidak bersalah namun orang seperti mereka masih bebas memandu tanpa ada rasa bersalah atau bimbang akan berlaku sesuatu pada orang lain.