Akibat Terlalu Percayakan GPS, Kereta Tersangkut Di Lorong Kecil

Akibat Terlalu Percayakan GPS

Akhir zaman ini, teknologi sudah terlalu canggih. Kehidupan seharian kita kebanyakannya menggunakan teknologi. Sehinggakan mahu beribadat pun menggunakan teknologi. Contohnya ketika mahu solat, kebanyakan daripada kita sudah tiada kemahiran untuk mencari arah qiblat secara visual dan hanya bergantung kepada aplikasi. Begitu juga untuk tunjuk arah jalan. Pengguna gps sangat meluas dewasa ini.

aplikasi gps
Pemandu ini menggunakan gps

Begitu juga dengan penunjuk arah untuk menuju ke sesuatu tempat. Zaman teknologi sekarang ini, peratus untuk kita sesat sangatlah kecil. Jika kita mahu ke sesuatu tempat, sudah pasti kita akan sampai ke sana. Cumanya mungkin ketepatan yang sedikit berbeza. Contohnya kita hendak ke rumah kenalan kita. Lokasi sudah betul tetapi kita sampai diseberang sungai. Rumah kenalan kita di sebelah sana. Pendek kata peta tidak diperlukan lagi.

kebaikan gps
Kenderaan yang tersangkut

Ini pula kisah yang dikongsi di laman facebook Dantruat, seorang pemandu terperangkap disebuah lorong kecil kerana terlalu percayakan GPS. Akibat terlalu mengharapkan GPS beliau telah melalui satu laluan yang salah walaupun hala tujunya adalah betul. Kejadian yang berlaku di kawasan Terusan Phra Udom, Nonthaburi, Thailand ini menunjukkan betapa pemandu ini terlalu mengikuti arah yang ditunjukkan GPS sehinggakan terkandas di sebuah lorong. Akibatnya keretanya terpaksa diangkat menggunakan kren untuk dibawa keluar dari lorong sempit itu.

keburukan gps
Kenderaan mpv tersangkut akibat melalui lorong kecil

Kita janganlah terlalu percaya kepada GPS 100 peratus sehingga memudaratkan diri seperti yang berlaku pada pemandu kenderaan MPV tersebut yang percaya bulat-bulat dengan aplikasi GPS. Akibatnya seperti yang anda lihat di dalam gambar.

Difahamkan kejadian tersebut berlaku beberapa tahun lalu namun kembali tular di media sosial.


cara guna gps
Kereta MPV tersebut dikeluarkan menggunakan kren

Pemandunya hanya mengikuti arahan yang diberikan oleh GPS dan dia menyangka keretanya mampu melalui jalan kecil itu. Manun dia tersilap jangkaan apabila tayar sebelah kanan keretanya terjatuh menyebabkan tersangkut. Akhirnya beliau terpaksa menggunakan perkhidmatan kren bagi mengangkat keluar keretanya.

Sumber: Facebook


You May Also Like

About the Author: anakbapak

Saya akui memang anak bapak. Tapi ibu tidak terkecuali. Berminat buat blog sejak dibangku sekolah. Tak sangka buat blog ni mampu menjana pendapatan. Walau tidak seberapa kerana blog kita ni kecik, kadang-kadang ia membantu. Cita-cita nak travel ke mana saja. Kemudahan ada asalkan ada duit. Tak dapat naik British Airways, naik Air Asia atau Penerbangan Malaysia dah cukup. Makanan kegemaran, apa saja yang halal. KFC, McDonals dan Restoren Makanan Segera yang lain, jarang-jarang. Itu lah serba ringkas. Selamat Membaca blog Anak Bapak

1 Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!