Amaran NGO Jadi Kenyataan Apabila 3 Depoh Imigresen Disahkan Kes C0V1D-19

kes c0v1d-19

Kes C0V1D-19 – sebelum ini, iaitu sehari selepas Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan tentang kluster baru di Depoh Tahanan Imigresen Semenyih.

Kes C0V1D-19 Di Depoh Imigresen

Ianya berlaku kerana kluster baru juga berlaku di Depoh Tahanan Imigresen di Bukit Jalil. Amaran berulang kali oleh kumpulan hak asasi manusia bahawa serbuan dan penahanan warga asing tanpa dokumen semasa pandemik COV1D-19 berisiko mencetuskan wab4k di pusat tahanan imigresen nampaknya menjadi kenyataan selepas tiga depoh tahanan imigresen disahkan kes C0V1D-19.

Ketua Pengarah Kementerian Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah hari ini mengumumkan satu lagi kluster dari jangkitan baru di Depot Tahanan Imigresen Sepang.

“Dari 6 kes C0V1D-19 yang disahkan di kluster baru di Depoh Tahanan Imigresen Sepang,” kata beliau dalam satu kenyataan hari ini.

Semalam Dr Noor Hisham turut mengumumkan penemuan kluster baru di pusat tahanan imigresen di Semenyih dengan sebanyak 21 kes.


Hari ini, beliau mengumumkan 27 lagi kes baru di Depoh Tahanan Imigresen di Semenyih.

Sehingga semalam, Di Depoh Tahanan Imigresen Bukit Jalil sudah merekodkan sebanyak 60 kes C0V1D-19.

Hari ini negara mencatatkan 175 kes COV1D-19 baru itu termasuk yang melibatkan warga asing.

Sebelum Ini NGO Telah Memberi Amaran

“Virus ini tidak mengenal sempadan dan tidak memilih sebarang etnik dan darjat sosial”.

Kumpulan hak asasi manusia telah memberi amaran bahawa langkah penjarakan sosial tidak dapat dilaksanakan dengan baik di kem tah4nan dan dapat menjadi pusat penyebaran wabak.

Dari pihak Kerajaan telah melaksanakan prosedur operasi standard (SOP) untuk mengepung pendatang tanpa izin di kawasan Perintah Pergerakan Kawalan Diperketatkan (PKPD) sebelum larangan tersebut dilonggarkan.

PKPD adalah amalan mengurung semua penduduk ke kediaman mereka untuk membolehkan pemeriksaan kesihatan bagi COV1D-19.

Putrajaya menegaskan kerajaan perlu menegakkan undang-undang dan tidak boleh membiarkan warga asing memasuki negara ini secara haram ketika tempoh PKP dilonggarkan.

Kementerian Kesihatan juga telah membuat saringan kepada semua tahanan untuk menyaring kes C0V1D–19 sebelum menempatkan mereka di pusat tah4nan.

Bagaimanapun, dengan penularan wab4k di tiga pusat tahanan secara berasingan, Kementerian Kesihatan berkata pihaknya sedang menyiasat sama ada virus itu dibawa oleh kakitangan imigresen atau sekiranya terdapat beberapa tahanan yang telah terlepas pandang semasa proses ujian COV1D-19.

Hantaran dari Dr Noor Hisham di Facebook

Sementara itu pada hantaran di Facebook malam ini, beliau mengulas kes C0V1D-19 yang dikesan di pusat tah4nan imigresen.

“Dalam menyelamatkan nyawa, sentimen negatif terhadap tahanan tidak wajar diperluaskan dan tidak boleh menjadi pemangkin diskri minasi,” katanya.

Mengulas lanjut, Dr Noor Hisham berkata langkah-langkah sewajarnya telah diambil.

“Memandangkan virus yang merebak di pusat-pusat ini, kami perlu meningkatkan pengesanan kes aktif dan mengasingkan serta menangani kes positif tersebut dengan segera.

“Kuarantin kontak rapat tersebut dan basmi kuman di pusat tahanan berkenaan,” katanya lagi.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page @Anak Bapak

Sumber: News AllMHI


You May Also Like

About the Author: anakbapak

Saya akui memang anak bapak. Tapi ibu tidak terkecuali. Berminat buat blog sejak dibangku sekolah. Tak sangka buat blog ni mampu menjana pendapatan. Walau tidak seberapa kerana blog kita ni kecik, kadang-kadang ia membantu. Cita-cita nak travel ke mana saja. Kemudahan ada asalkan ada duit. Tak dapat naik British Airways, naik Air Asia atau Penerbangan Malaysia dah cukup. Makanan kegemaran, apa saja yang halal. KFC, McDonals dan Restoren Makanan Segera yang lain, jarang-jarang. Itu lah serba ringkas. Selamat Membaca blog Anak Bapak

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!