AMM Gesa PKP Dilanjutkan Sehingga Selepas Aidilfitri

AMM gesa pkp dilanjutkan

Akademi Perubatan Malaysia (AMM) menggesa kerajaan supaya tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilanjutkan sehingga selepas perayaan Aidilfitri.

Kenapa AMM Gesa PKP Dilanjutkan?

AMM berkata dalam satu kenyataan, peningkatan pergerakan dari satu negeri ke satu akan berlaku apabila masyarakat pulang ke kampung secara beramai-ramai untuk menyambut hari raya sekali gus membu rukkan lagi keadaan (penyebaran wab4k C0V1D-19).

covid 19 di malaysia
AMM bimbang penularan Covid 19 apabila orang ramai balik ke kampung halaman masing-masing

“Apabila ramai yang balik kampung, ia akan memberi risiko penyebaran v1rus terutamanya kepada orang tua.

“Penj4rakan sosial di hentian serta kawasan rehat dan rawat sepanjang lebuh raya juga berisiko untuk gagal,” katanya dalam satu kenyataan.

Memetik kenyataan itu seperti yang dilaporkan Astro Awani, pihak AMM memahami keinginan masyarakat untuk meluangkan masa bersama sanak-saudara pada hari raya, namun ketika berhadapan dengan wab4k ini, penjarakan sosial perlu terus dilakukan sehinggalah vaks1n baharu ditemui.


“Disebabkan p4ndem1k C0V1D-19, penj4rakan sosial perlu menjadi normal baharu sekurang-kurangnya untuk satu tempoh waktu sehingga keadaan menjadi terkawal.

AAM berpendapat sekurang-kurangnya perlu ada kawalan, pemantauan atau mungkin har4mkan perhimpunan sama ada perhimpunan Ramadan, Aidilfitri atau Haji.

Penarikan balik PKP atau penguatkuasaan yang terlalu longgar akan mensia-siakan kebaikan yang telah dicapai dalam tempoh empat minggu PKP dilaksanakan, kata AMM lagi.

Ini kerana per4ng mel4wan C0V1D-19 masih jauh lagi, banyak pengorbanan yang telah dan akan terus dilakukan dalam tahun ini.

Akademi itu turut yang mengingatkan hal sama terhadap Pesta Kaamatan pada 30 Mei di Sabah dan Hari Gawai yang akan disambut pada 1 Jun di Sarawak.

Bagaimana dengan komen anda apabila AMM gesa PKP dilanjutkan? Adakah perlu dilanjutkan lagi?

Kongsikan


You May Also Like

About the Author: anakbapak

Saya akui memang anak bapak. Tapi ibu tidak terkecuali. Berminat buat blog sejak dibangku sekolah. Tak sangka buat blog ni mampu menjana pendapatan. Walau tidak seberapa kerana blog kita ni kecik, kadang-kadang ia membantu. Cita-cita nak travel ke mana saja. Kemudahan ada asalkan ada duit. Tak dapat naik British Airways, naik Air Asia atau Penerbangan Malaysia dah cukup. Makanan kegemaran, apa saja yang halal. KFC, McDonals dan Restoren Makanan Segera yang lain, jarang-jarang. Itu lah serba ringkas. Selamat Membaca blog Anak Bapak

1 Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!