Pernahkah anda melihat anak sukar buang air besar sehingga merengek berpanjangan dan menangis? Bayangkan si kecil anda terpaksa meneran sehingga mukanya menjadi merah padam? Jika dia sudah pandai berkata-kata, sudah tentu akan meluahkan rasa sakit yang dihadapinya. Namun dia masih kecil dan hanya tahu menangis.
Sembelit dikalangan anak kecil sebenarnya berpunca daripada ketidakpekaan ibu bapa sendiri yang mungkin tidak menguruskan makanan dan minuman yang teratur kepada si comel. Akibat dari kealpaan itu si anak yang menerima kesan.
Seorang ibu muda, Norul Haslizan Harun berkongsi pengalamannya menerusi blog peribadi beliau ummitiqah.com. Dia berkongsi perihal anaknya yang berdepan dengan masalah sembelit. Panduan ini boleh membantu para ibu menyelesaikan masalah tersebut.
Menurut beliau, si kecil yang berdepan masalah sembelit akan kelihatan resah dan juga menangis. Disamping itu juga ada yang lebih suka menyendiri di sudut-sudut terpencil ketika meneran. Bagi anak yang masih bayi, mereka akan merengek dan hanya mampu menangis.
PUNCA SEMBELIT
Punca utama sembelit biasanya disebabkan susu formula yang tidak sesuai dengan sistem pencernaan bayi. Selain itu, kekurangan air dalam badan juga boleh menyebabkan si kecil mengalami dehidrasi.
“Apabila kurang sumber air dari makanan dan minuman, tubuh akan menyerap air dari najis bagi mengelak dehidrasi teruk, jadi najis menjadi kering dan keras lalu tersimpan lebih lama dalam usus besar sekali gus menjadi punca sembelit,” kata Norul.
Sikap juga mempengaruhi terjadinya sembelit. Sebagai contoh, kanak-kanak yang berusia antara 4 ke 5 tahun suka berlengah untuk ke tandas kerana terlalu leka bermain, menonton televisyen atau zaman sekarang ini terlalu fokus dengan gajet. Mereka akan menahan daripada membuang air besar menyebabkan akan terjadinya masalah sembelit.
Bagi anak yang sedang dalam proses ‘potty training’, mereka kadang-kala mengalami tekanan atau sukar untuk menggunakan tandas. Akibatnya anak menjadi takut dan menahan diri untuk ke tandas.
Beliau juga turut berkongsi beberapa cara untuk mengatasi sembelit yang teruk. Jika anda melihat anak sukar buang air besar sila cuba kaedah di bawah.
CARA MENGATASI SEMBELIT
1. Baringkan bayi anda dengan mengangkat kakinya ke atas. Gerakkan kakinya seperti sedang mengayuh basikal. Pergerakkan ini akan meransang pergerakan najis dalam usus.
2. Jika bayi yang minum susu formula, cuba tukarkan jenama susu tersebut. Keadaan ini mungkin memerlukan anda menukar untuk beberapa kali sehingga memperolehi susu yang benar-benar sesuai dengan bayi anda.
3. Bagi bayi berumur 6 bulan ke atas, berilah mereka makan sayur dan buah yang tinggi serat. Pastikan makanan itu dipurikan terlebih dahulu. Jus betik juga elok untuk mengatasi sembelit, selain tinggi kandungan serat, betik juga mengandungi bahan yang membantu pergerakan usus.
4. Beri anak anda minum air kosong sekerap mungkin tetapi dalam kuantiti yang sedikit. Kurangkan kuantiti makanan yang menjadi penyebab sembelit seperti nasi, pisang dan lobak merah. Seimbangkan pengambilan makanan dan minuman.
5. Min nak tambah sikit. Berikan anak anda sedikit madu lebah. Insya Allah dalam masa yang singkat, anak anda akan dapat membuang air besar.
Semoga panduan di atas bermanfaat dan membantu si kecil yang mengalami sembelit serta memudahkan tugas anda terutamanya bagi mereka yang pertama kali menjadi ibu, selamat mencuba!
Baca Juga – Bahaya Pasang Lampu Ketika Tidur
Komen anda? Jangan lupa LIKE dan SHARE jika ianya bermanfaat.
Sumber: Norul Haslizan Harun via FMT
1 Comment