Tiga hari lepas, tiga lagi anggota JIM (Jabatan Imigresen Malaysia) ditahan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasvah Malaysia (SPRM) bagi membantu siasatan kes pemalsuan cap kemasukan warga asing.
Jumlah Anggota JIM Yang Ditahan Betambah
Dengan penahanan mereka ini, ianya menjadikan jumlah mereka yang ditahan setakat ini seramai 63 orang. Mereka terdiri dari 38 pegawai Imigresen, 16 orang ejen dan 9 orang awam.
Daripada jumlah itu seramai 47 orang kena tvduh (OKT) masih dalam t4hanan r3man terdiri 34 pegawai JIM, 12 ejen dan seorang orang awam.
Anggota JIM yang dit4han tiga hari lepas itu terdiri seorang lelaki dan dua wanita berusia 24 hingga 38 tahun. Mereka dit4han selepas hadir memberi keterangan di Ibu Pejabat SPRM, lap0r Harian Metro.
Menurut sumber, mereka bertugas di kaunter Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (KLIA 2) dan dipercayai terlibat aktiviti terbabit.
“SPRM turut merampas dua Volkswagen Golf, sebuah Toyota Wish, Yamaha NVX, Ducati Panigale dan basikal Tarmac Specialized.
“Kesemua kenderaan terbabit dibeli secara tunai oleh anggota JIM terbabit di mana basikal itu sahaja dibeli RM45,000 selepas ubah suai manakala motosikal Ducati Panigale pula dibeli dengan harga RM170,000,” kata sumber.
Kata sumber lagi, permohonan reman telah dibuat di Mahkamah Putrajaya bagi siasatan mengikut Seksyen 17 (a) 4kta SPRM 2009.
Sebelum ini Harian Metro melaporkan SPRM mer4mpas 32 kereta mewah bernilai lebih RM2 juta susulan pen4hanan 54 individu dalam siasatan k3s pemalsvan urusan cap kemasukan warga asing di pintu masuk antarabangsa negara.
SPRM sebelum ini mendedahkan lebih 30,000 warga asing dipercayai bolos manakala RM14.5 juta wang sog0kan diagihkan dalam kalangan kakitangan JIM sepanjang tempoh empat tahun lalu.
Jumlah itu diperoleh hasil daripada penahanan 27 anggota dan pegawai JIM yang mendedahkan aktiviti rasvah mereka menerusi proses penyediaan kaunter khas sejak 2017.
Secara purata, setiap tahun dalam tempoh empat tahun lalu, sebanyak RM3.6 juta diagih-agihkan sesama anggota dan pegawai JIM yang terbabit dengan s!ndiket ini.
Baca – Anggota PGA Mungkin Ditemb4k Dengan Senapang Angin
Kemewahan kakitangan JIM yang terbabit dengan s!ndiket juga amat ketara jika dibandingkan dengan jawatan mereka. Mereka tanpa rasa bersalah menggunakan wang rasvah yang diterima untuk membeli rumah, kereta mewah, beg tangan berjenama, barangan kemas dan tanah.
1 Comment