Kes Terbaru anggota PGA mungkin ditemb4k dengan senapang angin

Senapang angin

Seorang anggota PGA mengalami cedera ringan selepas terkena temb4kan ketika sedang menjalankan tugas di sempadan Malaysia-Thailand dekat Bukit Kayu Hitam, petang semalam (25/11).

Anggota PGA Tersebut Pakai Jaket Kalis Peluru

Menurut Ketua Polis Kedah Datuk Hasanuddin Hassan, kejadian berlaku pada jam 6.15 petang ketika anggota PGA berkenaan sedang membuat rondaan bersama seorang anggota lain di kawasan tersebut.

Anggota PGA
Gambar menunjukkan anggota PGA sedang membuat rondaan di kawasan sempadan Malaysia – Thailand. Foto: Utusan Borneo

Anggota terbabit bernasib baik kerana memakai baju kalis peluru. Beliau tiba-tiba terasa pedih di bahagian perut ketika sedang meronda. Apabila diperiksa, didapati terdapat kesan bulatan di bahagian perutnya.

Dalam masa yang sama, menurut Hasanuddin lagi ketika di hubungi bernama, anggota terbabit ternampak kelibat manusia di kawasan itu. Polis mengesyaki anggota terbabit ditembak menggunakan senapang angin yang dipercayai datang dari arah negara jiran.

Katanya lagi, anggota yang berusia 26 tahun itu membuat laporan di Balai Polis Bukit Kayu Hitam, Polis membuka kertas siasatan mengikut Seksyen 307 Kanun Kes3ksaan kerana cubaan membvnuh.


“Kita akan siasat dan kenakan tindakan tegas terhadap individu yang melepaskan tembakan ke arah anggota penguat kuasa yang sedang menjalankan tugas,” katanya.

Sumber: Metro

Ini merupakan kejadian yang kedua membabitkan ser4ngan ke atas anggota PGA selepas ins!den membabitkan dua anggota pasukan itu berbalas temb4kan dengan penyeludup di Pos TS9 berdekatan Padang Besar, Perlis, awal pagi kelmarin yang meng0rbankan Sarjan Baharuddin Ramli, 54, dan menced3rakan Sarjan Norihan Tari, 39.


You May Also Like

About the Author: anakbapak

Saya akui memang anak bapak. Tapi ibu tidak terkecuali. Berminat buat blog sejak dibangku sekolah. Tak sangka buat blog ni mampu menjana pendapatan. Walau tidak seberapa kerana blog kita ni kecik, kadang-kadang ia membantu. Cita-cita nak travel ke mana saja. Kemudahan ada asalkan ada duit. Tak dapat naik British Airways, naik Air Asia atau Penerbangan Malaysia dah cukup. Makanan kegemaran, apa saja yang halal. KFC, McDonals dan Restoren Makanan Segera yang lain, jarang-jarang. Itu lah serba ringkas. Selamat Membaca blog Anak Bapak

1 Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!