PARIS: Anugerah Berprestij Bolasepak, Ballon d,Or 2020 tidak akan diadakan buat kali pertama dalam sejarah ekoran C0VID-19.
Ballon d’Or 2020 Batal
Itu bermakna, trofi yang diberikan kepada pemain bola sepak terbaik dunia tidak akan mempunyai pemenang buat kali pertama sejak Stanley Matthews dari England memenanginya pada 1956.
Secara tidak langsung juga, Penyerang Barcelona, Lionel Messi akan mengekalkan gelaran Ballon d’Or yang dimenangi tahun lalu bagi tempoh 12 bulan lagi.
“Tiada anugerah Ballon d’Or 2020. Selepas perbincangan mendalam dibuat mendapati syarat-syarat penganugerahan tidak dapat dipenuhi.
“Kami berpendapat, perjalanan kalendar bola sepak tahun ini yang terganggu tidak boleh dianggap sebagai sama seperti tahun-tahun sebelumnya,” kata Ketua Pengarang France Football, Pascal Ferre.
Messi juga adalah pemenang Ballon d’Or terbanyak dengan enam gelaran (2009, 2010, 2011, 2012, 2015, 2019), diikuti Cristiano Ronaldo (2008, 2013, 2014, 2016, 2017).
Baca: Nasib De Paula Masih Samar Berbanding Liridon
Pada awalnya Ronaldo dan Messi dijangka bersaing bagi merebut gelaran bagi tahun ini bersama bintang Bayern Munich, Robert Lewandowski serta pemain tengah Manchester City, Kevin De Bruyne.
Sumber: Utusan
Selain Messi bagi kategori lelaki, pemain Amerika Syarikat (AS), Megan Rapinoe turut mengekalkan gelaran Ballon d’Or bagi kategori wanita untuk tempoh setahun lagi. – Berita Sukan