Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim (DSAI) mendakwa beliau telah memperolehi sokongan yang kukuh daripada ahli parlimen bagi membolehkannya membentuk kerajaan baharu. Beliau telah mengumumkan perkara itu dalam satu sidang media di sebuah hotel.
Anwar Dakwa Dapat Sokongan Kukuh
Anwar Ibrahim dakwa mendapat sokongan kukuh dan meyakinkan daripada Ahli Parlimen untuk membentuk kerajaan
— BERNAMA (@bernamadotcom) September 23, 2020
Dalam satu ciapan yang dimuat naik di akaun Twitter Bernama TV, DSAI mendakwa telah mendapat sokongan daripada bumiputra serta pemimpin Islam dan akan dipersembahkan kepada Yang di-Pertuan Agong.
Saya telah mendapat sokongan yang kukuh untuk dipersembahkan kepada YDP Agong.
Saya mendapat sokongan daripada Bumiputra dan pemimpin Islam
Saya difahamkan untuk mengadap YDP Agong kelmarin pukul 11 pagi, namun YDP Agong mendapat rawatan di IJN.
— Presiden PKR Anwar Ibrahim pic.twitter.com/8ftosGuMu8
— BERNAMA TV 🇲🇾 (@BernamaTV) September 23, 2020
Menurut DSAI lagi, langkah seterusnya akan dimaklumkan selepas beliau menghadap YDP Agong.
Beliau menambah bahawa Tun Dr Mahathir dan Pejuang tidak termasuk dalam majoriti yang menyokongnya itu.
Maklumat dan langkah seterusnya akan saya maklumkan selepas saya mengadap YDP Agong.
Tun Dr Mahathir dan Pejuang tidak termasuk pada majoriti saya
— Presiden PKR Anwar Ibrahim
— BERNAMA TV 🇲🇾 (@BernamaTV) September 23, 2020
DSAI turut menegaskan bahawa beliau mendapat sokongan daripada majoriti yang kuat dan bukannya sekadar majoriti kecil.
Saya mendapat majoriti kuat dan bukan sekadar majoriti kecil
Saya akan menjadi kerajaan yang adil, membanteras rasuah dan kemakmuran negara
Keputusan membubar Parlimen terletak di tangan YDP Agong dan bukan Perdana Menteri
— — Presiden PKR Anwar Ibrahim
— BERNAMA TV 🇲🇾 (@BernamaTV) September 23, 2020
Sumber – SK via Bernama
Sepertimana yang dilaporkan Bernama, kerajaan yang dibentuk bakal menjadi kerajaan yang adil, membanteras rasuah dan kemakmuran negara.