Jangan Kelirukan Pengguna Dengan Arak Tanpa Alkohol – Mujahid

zero alkohol

Syarikat yang mengeluarkan minuman keras di negara ini diminta jangan mengelirukan pengguna terutama umat Islam dengan mengeluarkan arak tanpa alkohol.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Dr Mujahid Yusof menegaskan pengeluaran produk sedemikian bukan sahaja boleh mengelirukan pengguna di kalangan umat Islam, malah ia satu tindakan yang tidak baik.

“Menggunakan nama arak tanpa alkohol amat mengelirukan kerana proses penghasilan minuman itu termasuk penyulingan air dibuat dalam kerangka menghasilkan arak (beralkohol).

“Kita tahu ia syarikat arak, maka walaupun kata tiada alkohol, tapi ia boleh menimbulkan kekeliruan dan boleh menyebabkan umat Islam menganggap benda itu boleh digunakan,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis bacaan Yasin dan doa selamat meraikan 207 jemaah haji parlimen Parit Buntar di Parit Buntar, semalam.

arak tanpa alkohol
Inilah contoh arak tanpa alkohol

Mujahid, yang juga merupakan Ahli Parlimen Parit Buntar, mengulas tentang tularnya promosi penjualan arak berlabel ‘zero-alcohol’ keluaran sebuah syarikat minum keras di kedai serbaneka.


Mujahid menasihati umat Islam supaya tidak mengambil atau menggunakan sebarang produk yang diragui status halalnya.

Sementara itu, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) turut memuat naik penerangan mengenai isu tersebut bertajuk ‘Alkohol dan Arak’ di laman Facebooknya.

Menurut JAKIM, minuman ringan yang dibuat dengan niat dan cara sama seperti proses membuat arak, sama ada mengandungi banyak atau sedikit alkohol atau alkoholnya disuling, adalah haram diminum oleh umat islam.

JAKIM menegaskan fatwa HARAM itu berdasarkan sumber daripada Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia.

alkohol
Penerangan mengenai Alhokol dan Arak

Kepada umat islam, anda dinasihatkan agar tidak terpedaya dengan apa jua  mereka untuk menarik pembeli dikalangan umat islam. Jangan hanya kerana ZERO ALCOHOL anda ingin mencubanya kononnya boleh diminum.

Artikel Berkaitan – Perbezaan Arak dan Alkohol Serta Hukumnya

Berwaspadalah dengan apa jua cara mereka untuk memerangkap akidah orang-orang islam. Berpeganglah kepada satu, ARAK ITU HARAM DIMINUM. Kali ini Min bagi kredit untuk Dr Mujahid Yusof Rawa.

Apa komen anda? Sila LIKE dan SHARE jika bermanfaat. Layari dan support page Anak Bapak. Terima Kasih.

Sumber: Malaysia Kini



You May Also Like

About the Author: anakbapak

Saya memang anak bapak dan ibu. Seorang lelaki biasa namun ada perlindungan insurans, takaful dan medical card. Saya suka melancong (travel) terutama ke Korea, Jepun, Eropah dan Australia. Gemar menaiki pesawat tambang murah seperti Air Asia, Malindo, Fire Fly dan Scoot. Berhasrat mahu ke Amerika Syarikat. Makanan kegemaran KFC, Western Food, McDonalds, Masakan India dan Thailand. Kereta Honda tetapi mahu membeli Ferrari atau Lamborghini tetapi tidak mampu. Telefon hanya guna Samsung dan vivo. Dulu pernah guna oppo. Huawei tidak pernah cuba. Suka juga layari laman niaga Ali Baba, e-bay dan Amazon. Berhasrat mahu memiliki banglo mewah kalau ada duit. Orang kata nak banyak duit main forex atau bitcoin tapi saya tidak berani. Itulah serba ringkas tentang saya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!