ATM Ketuai Special Task Force Sekat PATI

ATMi

PUTRAJAYA – Kerajaan Malaysia telah menubuhkan Special Task Force yang diketuai oleh Angkatan Tentera Malaysia (ATM) bagi mengawal kemasukan pendatang asing tanpa izin (PATI) ke negara ini melalui lorong tikus.

ATM Ketuai Special Task Force

Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, Special Task Force ini turut disertai oleh semua agensi beruniform bagi membantu ATM.

ATM ketuai pasukan khas
ATM dan pasukan beruniform lain giat menjalankan rondaan dan kawalan. Foto: Air Times

Tambah beliau, semua agensi terbbit akan bekerjasama secara bersepadu dalam menjaga sempadan negara yang juga merupakan sebahagian usaha mengekang penularan wabak COVID-19 di Malaysia seperti mana yang dilaporkan oleh Portal Air Times.

Datuk Seri Ismail Sabri berkata dalam sidang media harian di Putrajaya pada 11 Mei 2020: “Semua lorong tikus telah kita kenal pasti. Kita (kerajaan) sudah tahu jalan-jalan mana mereka datang, sama ada di Pantai Barat Semenanjung, Pantai Timur, Sabah dan Sarawak.”

Menurutnya lagi, kerajaan kini telah menyatukan Pasukan Khas dan aset yang sedia ada untuk mengawal sempadan negara dengan lebih tersusun dalam menangani masalah kemasukan PATI.


Ismail Sabri menegaskan kerajaan turut melakukan tangkapan terhadap individu yang menjadi dalang penyeludupan PATI.

“Sebenarnya saya tidak melaporkan sudah ada tangkapan dibuat termasuk tekong-tekong mereka,

“Ramai telah ditangkap selepas kita lakukan kawalan bersepadu, cuma tak mahu hebahkan. Untuk pengetahuan rakyat, apa yang kita lakukan mampu menyekat kemasukan PATI melalui lorong tikus,” tambah Ismail Sabri.

Baca – 2 Bot Rohingya Tunggu Line Clear Nak Masuk Perairan Negara

Min setuju kerajaan menubuhkan Pasukan Khas ini. Semalam kita semua dengar tentang beberapa bot Rohingya bersedia untuk memasuki perairan negara. Semenangnya kita mesti membuat kawalan ketat  negara kita.


You May Also Like

About the Author: anakbapak

Saya akui memang anak bapak. Tapi ibu tidak terkecuali. Berminat buat blog sejak dibangku sekolah. Tak sangka buat blog ni mampu menjana pendapatan. Walau tidak seberapa kerana blog kita ni kecik, kadang-kadang ia membantu. Cita-cita nak travel ke mana saja. Kemudahan ada asalkan ada duit. Tak dapat naik British Airways, naik Air Asia atau Penerbangan Malaysia dah cukup. Makanan kegemaran, apa saja yang halal. KFC, McDonals dan Restoren Makanan Segera yang lain, jarang-jarang. Itu lah serba ringkas. Selamat Membaca blog Anak Bapak

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!