Demi Mencari Ibunya, Ayah Sanggup Bawa Anak Dengan Motosikal Dari Pasir Gudang Ke Pulau Pinang Tanpa Helmet Dan Jaket Namun…

Bawa Anak Dengan Motosikal Mencari Ibu

Kisah ini sangat sedih jika kita mengamatinya dari hati kita. Seorang ayah sanggup bawa anak dengan motosikal dari Pasir Gudang ke Pulau Pinang. Inilah yang dikatakan ayah, mereka sanggup apa saja untuk anak.

Tujuannya mereka ialah untuk mencari isterinya yakni ibu kepada anak tersebut. Ketika dijumpai oleh orang yang mula-mula tularkan kisah ini mereka baru sampai di hentian Tangkak.

demi anak 1

Hanya dengan menaiki motosikal Kriss yang agak lama bersama anaknya. Si anak tanpa helmet dan jaket. Allahu betapa sejuknya anak itu dan bahayanya dia semasa pemanduan ayahnya.

Namun demi anaknya, si ayah tiada pilihan lain kerana mungkin baginya hanya itu yang dia mampu dan ada. Bila kenangkan jika anak ini adalah anak kita, betapa meruntun hati ini.

demi anak 2

Walau bagaimanapun, Semuanya adalah aturan dari Allah swt untuk mempermudahkan urusan murni ini. Mereka tidak diberi kesusahan.


Atas ikhsan pemandu lori (yang digelar pilot darat), mereka menumpangkan dua beranak ini. Selain menumpangkan dua beranak ini, mereka juga memberi memberi sedikit sumbangan sebagai bekalan.

demi anak 3

Akhirnya ayah serta si anak kini selamat tiba di destinasi mereka iaitu Pulau Pinang. Kini tugas si ayah bersama anak kecilnya adalah untuk meneruskan pencarian si isteri atau ibu kepada anaknya.

Sumber tidak menerangkan apakah status antara ayah dan ibu kepada anak ini mengapa terpaksa mencari ibunya. Apa yang pasti, mereka tidak tahu di mana ibunya berada.

Kami doakan agar urusan mereka dipermudahkan. Anak Bapak mengucapkan jutaan terima kasih kepada mereka yang membantu hingga mereka selamat tiba di Pulau Pinang.

Sekurang-kurangnya si anak tidak terdedah kepada bahaya dan dilindungi juga daripada kesejukkan.

Kepada pemandu lori serta mereka yang sama-sama membantu, anda yang terbaik dan sentiasa jadilah yang terbaik daripada yang baik-baik. Semoga Allah membalas jasa-jasa anda.

Hari ini kita membantu orang, mana tahu satu hari kita memerlukan bantuan daripada orang lain.

Hati ketika memandu ingatlah orang yang tersayang walaupun ketika melihat orang lain.

Sila share jika ianya ada sedikit pengajaran dan bermanfaat. Jangan lupa juga like kami di fb @anakbapak

Sumber: facebook



You May Also Like

About the Author: anakbapak

Saya memang anak bapak dan ibu. Seorang lelaki biasa namun ada perlindungan insurans, takaful dan medical card. Saya suka melancong (travel) terutama ke Korea, Jepun, Eropah dan Australia. Gemar menaiki pesawat tambang murah seperti Air Asia, Malindo, Fire Fly dan Scoot. Berhasrat mahu ke Amerika Syarikat. Makanan kegemaran KFC, Western Food, McDonalds, Masakan India dan Thailand. Kereta Honda tetapi mahu membeli Ferrari atau Lamborghini tetapi tidak mampu. Telefon hanya guna Samsung dan vivo. Dulu pernah guna oppo. Huawei tidak pernah cuba. Suka juga layari laman niaga Ali Baba, e-bay dan Amazon. Berhasrat mahu memiliki banglo mewah kalau ada duit. Orang kata nak banyak duit main forex atau bitcoin tapi saya tidak berani. Itulah serba ringkas tentang saya.

1 Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!