Resepi Ala-Ala Ayam Goreng Seringgit

ayam goreng

Suka sangat beli ayam goreng seringgit bila balik daripada kerja. Beli dua ketul ayam dan teh ais RM4.00 kenyang juga. Tapi bagaimana anak-anak? Anakpun nak juga tau. Kalau hari-hari ranap poket. Jadi apa kata kita buat sendiri.

Melalui satu perkongsian resepi ni, Min nampak macam sedap. Jadi apa kata kita cuba. Kalau menjadi boleh juga buka bisnes kecik-kecik dalam pagar rumah.

Kita beli saja chicken wing. Tentu anak-anak suka. Harganya sekilo rm10.90 dapat 24 ketul chicken wing dan drumette setelah di potong dua. Bawa balik ke rumah apa lagikita proses sendiri. Puas makan anak beranak.

sayap ayam goreng
Ayam goreng ala-ala seringgit yang sedap

RESEPI AYAM GORENG SERINGGIT

Bahan-Bahan Untuk Gaul:


  • 1 kg kepak ayam
  • 2 sudu serbuk cili
  • 8 ulas bawang putih – ditumbuk
  • 1 sudu lada hitam
  • 1 sudu lada sulah
  • 1 sudu serbuk cukup rasa
  • 2 sudu kecil garam
  • 1 sudu kecil soda bikarbonate
  • 2 sudu sebuk kari daging
  • 1 sùdu cuka

Cara-Cara:

Gaul rata semua bahan di atas dan perap 30 minit. Sebelum goreng pecahkan dua biji telur ayam dan gaul sehingga sebati.

marinate ayam
Proses marinate atau memerap ayam dengan bahan-bahan pilihan

Bahan-Bahan Tepung:

  • 2 cawan tepung gandum
  • 2 cawan tepung jagung
  • 1 sudu kecil garam
  • 1 sudu kecil soda bikarbonat
  • sedikit serbuk secukup rasa maggi

Nota: Jika suka pedas boleh tambah 1 serbuk cili.

Cara Gaul Ayam Dengan Tepung:

Cara mudah dan cepat nak gaul ayam dengan tepung adalah seperti berikut.

  • Masukan tepung ke dalam bekas besar yang ada penutup. Kemudian masukkan ayam. Pastikan anda tidak tuang ayam dari bekas yang diperap tadi bagi mengelakkan air perapan ayam masuk sekali ke dalam tepung.
goreng ayam seringgit
Tepung untuk salut dan menggoreng ayam
  • Tutup penutup itu dan goncangkan bekas yang berisi ayam dan tepung supaya ayam dan tepung bersalut sempurna dan rangup bila digoreng.
  • Pastikan minyak betul-betul panas dengan api sederhana dan goreng sehingga kekuningan dan masak menggunakan minyak yang banyak.

Selamat mencuba. Semoga sedap, jimat dan memuaskan hati anak-anak.

Kredit Resepi : are peace via mahn


You May Also Like

About the Author: anakbapak

Saya akui memang anak bapak. Tapi ibu tidak terkecuali. Berminat buat blog sejak dibangku sekolah. Tak sangka buat blog ni mampu menjana pendapatan. Walau tidak seberapa kerana blog kita ni kecik, kadang-kadang ia membantu. Cita-cita nak travel ke mana saja. Kemudahan ada asalkan ada duit. Tak dapat naik British Airways, naik Air Asia atau Penerbangan Malaysia dah cukup. Makanan kegemaran, apa saja yang halal. KFC, McDonals dan Restoren Makanan Segera yang lain, jarang-jarang. Itu lah serba ringkas. Selamat Membaca blog Anak Bapak

2 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!