Azizulhasni Awang adalah jaguh lumba basikal negara yang dikenali ramai. Baru-baru ini beliau telah membanggakan negara setelah dinobatkan sebagai jaguh nombor 1 dunia dalam acara kegemarannya iaitu acara Keirin.
Azizulhasni Awang No.1 Dunia
Facebook rasmi Team Malaysia telah memuat naik satu perkongsian, Azizulhasni Awang telah dinobatkan sebagai pelumba terbaik dunia selepas beliau berjaya memintas kedudukan pelumba Jepun, Yudai Nitta.
Azizulhasni yang lebih dikenali dengan gelaran “The Pocket Rocket Man” berjaya mengutip sebanyak 2,560 mata setelah berjaya menduduki tempat pertama seterusnya meninggalkan Yudai Nitta dengan 9 mata.
Kedudukan tersebut sekaligus memberi harapan dan bayangan kepada seluruh peminat sukan ini dan Malaysia sendiri bahawa sebutir pingat emas bakal disumbangkan dalam acara trek berbasikal di Sukan Olimpik Tokyo 2020 nanti.
Kami mengucapkan syabas kepada Azizulhasni Awang kerana berjaya menaikkan nama negara di mata dunia. Semoga beliau terus sukses dalam acara yang digemarinya ini dengan lebih kajayaan di masa yang akan datang.
Sumber: Siakap Keli