Menuntut ilmu agama adalah Fardhu ‘Ain bagi semua umat islam. Maknanya adalah wajib kerana dalam islam ilmu itu tidak akan habis. Sebagai contoh, kita sendiri tidak tahu kesemuanya termasuk amalan-amalan ketika menunaikan solat seperti membaca doa dalam sujud terakhir.
Tidak dinafikan kadang-kadang kita melihat ada orang semasa sujudnya yang terakhir, masa yang diambil terlalu lama. Apakah yang dia baca? Kita sendiri tidak tahu. Kerana ilmu itu tidak habis dan pengetahuan kita juga kadang-kadang tidak sampai ke tahap itu. Kini baru kita tahu orang itu sebenarnya sedang membaca doa yang sangat mustajab.
Syeikh Abdul Aziz Bin Baaz berkata (semoga Allah merahmatinya):
“Jangan kau lupa membaca tiga doa dalam sujud”.
3 doa di bawah patut di baca ketika sujud terakhir dalam solat kerana manfaatnya sangat luar biasa.
DOA PERTAMA
Memohon supaya kita dimatikan dalam keadaan Husnul Khotimah
اللهم إني أسألك حسن الخاتمة
Allahumma Innii As’aluka Husnal Khootimah
Maksudnya:
“Ya Allah aku memohon kepada-MU husnul khotimah”
DOA KEDUA
Memohon Agar Kita diberi kesempatan bertaubat Sebelum mati
اللهم ارزقني توبتا نصوحا قبل الموت
Allahummarzuqnii Taubatan Nasuuha Qoblal Maut
Maksudnya:
“Ya Allah berilah aku rezeki taubat nasuha (atau sebenar-benarnya taubat) sebelum mati”
DOA KETIGA
Memohon supaya hati kita sentiasa berada tetap di atas agama-Nya
اللهم يا مقلب القلوب ثبت قلبي على دينك
Allahumma Yaa Muqollibal Quluub Tsabbit QolbiI ‘Alaa diinika
Maksudnya:
“Ya Allah wahai sang pembolak balik hati, tetapkanlah hatiku pada agama-MU”
Semoga Allah permudahkan segala urusan-urusan kita di dunia dan akhirat. Berpesan-pesanlah, sampai-menyampaikn lah walau dengan sedikit ilmu mudah-mudahan kita mendapat rahmat dan kita tidak mengetahui amal kebaikan apakah yang dapat menghantar kita ke Syurga Allah kelak. Wallahu a’lam.
Sumber: Media Maklumat
Alhamdulillah.terimakasih utk doa ini.