Bahaya Pasang Lampu Ketika Tidur Boleh Sebabkan Leukimia

Bahaya pasang Lampu ketika tidur

Kita tidak boleh dinafikan bahawa sememangnya kanak-kanak takut jika tidur dalam keadaan yang gelap. Sebenarnya ada juga orang dewasa yang takut tidur dalam gelap. Kajian menunjukan bahawa bahaya pasang lampu ketika tidur. Bukan sekadar cahaya lampu, jika anda terlupa menutup televisyen sekalipun, cahaya alatan tersebut tetap ada kemudaratan.

Bahaya Pasang Lampu Ketika Tidur

Jadi, betul ke kanak-kanak yang tidur dalam keadaan lampu terpasang terdedah kepada bahaya leukimia? Para Ilmuan berpendapat tubuh manusia perlu berada dalam suasana gelap untuk menghasilkan kimia yang akan bertindak melawan kanser.

Bahaya Tidur Malam Dalam Keadaan Lampu Terpasang
Orang dewasa juga ada yang takut tidur di dalam gelap

Bagi mencegah kerosakan DNA, Tubuh manusia memerlukan sejenis bahan kimia yang dikenali sebagai melatonin bagi menghentikan asid lemak daripada menjadi tumor serta mencegah perkembangan atau pertumbuhannya.

Jika kita pasang lampu tidur, lampu jalan, lampu dalam tandas atau sebarang lampu, ia mampu memberhentikan penghasilan bahan melatonin.

Bahaya Pasang Lampu Semasa Tidur
Formula Kimia Melatonin

Dari Abu Salim r.a, Nabi SAW bersabda yang bermaksud:


“Jika kamu tidur, jangan dibiarkan api menyala di dalam rumahmu”

Russie reiter, iaitu seorang profesor dari Universiti Texas
menyatakan bahawa:

“Sekali kamu tidur tanpa memadamkan lampu selama seminit, otak kamu segera mengesan bahawa lampu menyala seharian dan penghasilan bahan melatonin akan menurun”.

Sebagai pengetahuan, pada kurun 40 tahun yang terakhir ini, jumlah kanak-kanak pengidap penyakit leukimia meningkat dua kali ganda. Dianggarkan sebanyak 500 orang kanak-kanak berusia dibawah 15 tahun, didiagnosis menderita penyakit leukimia saban tahun.

bahaya tidur pasang lampu
Salah seorang pesakit leukimia

BAHAYA LAIN

Mengikut kajian terhadap 1,679 wanita yang diterbitkan oleh Chronobiology International, cahaya yang diperolehi semasa tidur adalah salah satu faktor yang menyebabkan risiko kanser payudara.

Manakala penyelidikan kesihatan yang diterbitkan oleh Psyhiatry Molecular menunjukkan bahawa jika hanya memperolehi cahaya yang sedikit semasa tidur (pada waktu malam) juga boleh meningkatkan perubahan psikologi yang membawa kepada masalah kemurungan.

Matikan lampu ketika tidur
Kemurungan

Di samping itu, ia juga menjadi penyebab kepada masalah kesihatan reproduktif. Dari laporan yang diterbitkan dalam Epidemiologi, bekerja shif malam yang meningkatkan pendedahan kepada cahaya mengganggu kitaran haid pekerja wanita.

Kajian yang dilakukan oleh Nurses Health Study II, yang dipetik dari Everyday Health, telah mendedahkan mereka yang menghabiskan waktu malam mengalami masalah kitaran haid tidak teratur.

Selain dari masalah kesihatan yang dinyatakan di atas, tidur dengan memasang lampu atau terdedah kepada sebarang pencahayaan menyebabkan berat badan bertambah yang menyumbang kepada masalah obesiti.

Jangan pasang lampu ketika tidur
Tidur pasang lampu juga terdedah kepada perambahan berat badan

Hasil kajian yang dilakukan terhadap tikus yang diterbitkan oleh Proceedings of the National Academy of Science menyatakan bahawa tikus yang terdedah kepada cahaya pada malam mendapat berat badan berbanding dengan yang tidak teredah.

Baca Juga: Difteria

Dah tahu bahaya pasang lampu ketika tidur, marilah kita sama-sama tentukan agar ketika tidur, lampu-lampu hendaklah ditutup. Mudah-mudahan keluarga kita dijauhi dari sebarang penyakit.


You May Also Like

About the Author: anakbapak

Saya akui memang anak bapak. Tapi ibu tidak terkecuali. Berminat buat blog sejak dibangku sekolah. Tak sangka buat blog ni mampu menjana pendapatan. Walau tidak seberapa kerana blog kita ni kecik, kadang-kadang ia membantu. Cita-cita nak travel ke mana saja. Kemudahan ada asalkan ada duit. Tak dapat naik British Airways, naik Air Asia atau Penerbangan Malaysia dah cukup. Makanan kegemaran, apa saja yang halal. KFC, McDonals dan Restoren Makanan Segera yang lain, jarang-jarang. Itu lah serba ringkas. Selamat Membaca blog Anak Bapak
error: Content is protected !!