Fakta Kenapa Bahaya Tidur Dalam Kereta Yang Anda Harus Tahu

Bahaya Jika Anda Amal Tidur Dalam Kereta

Sudah menjadi kebiasaan apabila memandu pada jarak jauh samada pulang ke kampung atau menjalankan tugas, sudah tentu badan merasa letih dan mengantuk. Lalu kita berhenti di mana-mana hentian ataupun hanya ditepi jalan untuk berehat. Sebenarnya sangat bahaya tidur dalam kereta.

Oleh kerana tidak tahu atau tidak perasan, kita akan baring dalam kereta untuk berehat namum akhirnya terlelap. Anda dinasihatkan supaya hentikan tabiat suka tidur dalam kereta dengan enjin yang tidak dimatikan manakala penghawa dingin terpasang dengan tingkap pula tertutup atau dibuka sedikit.

tidur dalam kereta

Bahaya Tidur Dalam Kereta

Zaman sekarang jika dibuka tingkap ada bahaya lain akan juga akan menanti. Lalu kita tidak membuka tingkap atau hanya membuka sedikit. Kenapa bahaya tidur dalam kereta?

Teruskan membaca:


1. Dikhuatiri terdapat masalah pada kereta anda yang mana berkemungkinan ada kebocoran pada ekzos dan memasuki ke dalam kabin. Bayangkan ketika itu anda sedang nyenyak tidur kerana keletihan yang akan meningkatkan lagi risiko m4ti lemas.

Apa Yang Akan Berlaku?

2. Karbon monoksida (CO) yang terkumpul akibat dari kebocoran ekzos akan menurunkan paras oksigen di dalam kereta anda yang mana peningkatan tahap karbon monoksida akan memberi kesan kepada oksigen dalam darah.

3. Ini mengakibatkan darah membawa lebih banyak karbon monoksida dan boleh menyebabkan kem4tian secara mengejut.

mangsa

Jika Tingkap Terbuka?

4. Walaupun tingkap kereta anda dibuka, karbon monoksida tetap boleh terkumpul dan akan menyebabkan penurunan oksigen dalam d4rah. Anda akan kehilangan cecair dan air dalam badan selepas satu jangka masa tertentu.

Kenapa Semasa Kenderaan Bergerak Tidak bahaya dan mampu bertahan walaupun tingkap tertutup dan memasang penghawa dingin?

Semasa kita memandu, kita sedar dengan perubahan suhu dan akan sedar jika terdapat kebocoran ekzos apabila terdapat bau asap memasuki kenderaan.

Jika kita mula merasa tidak selesa, kita akan segera bertindak dengan menutup penghawa dingin dan membuka tingkap atau berhenti kenderaan. Tidak akan berlaku tindakan itu jika kita tidur.

Nasihat

Sebaiknya, cuba anda elakkan amalan tidur di dalam kereta. Jika anda mahu berehat semasa memandu jauh, keluar dari kereta dan carilah tempat yang sesuai.

Sumber: Astro Awani via blogmazeer


You May Also Like

About the Author: anakbapak

Saya akui memang anak bapak. Tapi ibu tidak terkecuali. Berminat buat blog sejak dibangku sekolah. Tak sangka buat blog ni mampu menjana pendapatan. Walau tidak seberapa kerana blog kita ni kecik, kadang-kadang ia membantu. Cita-cita nak travel ke mana saja. Kemudahan ada asalkan ada duit. Tak dapat naik British Airways, naik Air Asia atau Penerbangan Malaysia dah cukup. Makanan kegemaran, apa saja yang halal. KFC, McDonals dan Restoren Makanan Segera yang lain, jarang-jarang. Itu lah serba ringkas. Selamat Membaca blog Anak Bapak

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!