Balu Allahyarham Mejar Mohd Zahir Mulakan Hidup Baru

Balu Mejar Zahir

Nour Shafinar Harun, 31, balu kepada Allahyarham Mejar Mohd Zahir Armaya, akan memulakan hidup baharu di Ipoh bersama anak-anaknya.

Menurut Nour Shafinar, memang hasrat Allahyarham suaminya mahukan mereka sekeluarga menetap di Perak.

Katanya lagi, cadangan itu sudah lama dia dan Allahyarham suaminya bincangkan cuma ketika itu belum ada ketetapan sama ada mahu terus tinggal di Kuala Lumpur atau Perak.

“Sehari sebelum arwah ke Sabah, dia memberitahu mahu kami sekeluarga berpindah ke Perak.

“Arwah minta kalau boleh cari rumah di sekitar Ipoh supaya mudah jika ada apa-apa berlaku, saya dekat dengan keluarga dan ibu bapa,” katanya ketika ditemui di kediaman keluarganya di Taman Perpaduan, Ulu Kinta hari ini.


Mengikut perancangan, dia dan tiga anaknya iaitu Muhammad Irfan Daniel, 10, Nur Adriana, 6, dan Izzul Zakly berusia enam bulan akan berpindah ke Ipoh pada bulan November.

Katanya, kemudian arwah bercadang untuk memohon bertukar tempat kerja di sini.

Jelasnya, pada Selasa iaitu sehari sebelum kejadian, dia sudahpun berjaya mendapatkan rumah sewa di Ipoh.

“Sekarang saya perlu urus perkara berkaitan arwah dan daftar sekolah anak-anak. Apabila semua urusan selesai, kami akan berpindah dan mulakan hidup baru di sini seperti yang diminta arwah,” katanya.

Menurut Utusan Online, Nour Shafinar Harun yang juga bekas anggota tentera dan telah menamatkan tempoh perkhidmatan di 12 Kompeni Kor Polis Tentera Diraja pada Jun lalu berhasrat untuk meneruskan minat Allahyarham dalam perniagaan.

Dia mendedahkan bahawa Allahyarham suaminya mahir dalam mereka bentuk baju yang digunakan anggota tentera dalam program dan misi-misi khas menerusi label Zeck’s Empire yang diusahakan bersama sejak dua tahun lalu.

“Saya juga akan meneruskan perniagaan dalam bidang perancang majis perkahwinan,” katanya.

Semoga Nour Shafinar terus tabah menjalani kehidupan bersama anak-anak dan keluarga.

Foto – Utusan Online



You May Also Like

About the Author: anakbapak

Saya memang anak bapak dan ibu. Seorang lelaki biasa namun ada perlindungan insurans, takaful dan medical card. Saya suka melancong (travel) terutama ke Korea, Jepun, Eropah dan Australia. Gemar menaiki pesawat tambang murah seperti Air Asia, Malindo, Fire Fly dan Scoot. Berhasrat mahu ke Amerika Syarikat. Makanan kegemaran KFC, Western Food, McDonalds, Masakan India dan Thailand. Kereta Honda tetapi mahu membeli Ferrari atau Lamborghini tetapi tidak mampu. Telefon hanya guna Samsung dan vivo. Dulu pernah guna oppo. Huawei tidak pernah cuba. Suka juga layari laman niaga Ali Baba, e-bay dan Amazon. Berhasrat mahu memiliki banglo mewah kalau ada duit. Orang kata nak banyak duit main forex atau bitcoin tapi saya tidak berani. Itulah serba ringkas tentang saya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!