Pengguna Boleh Bayar Bil Elektrik Secara Ansuran Dalam Tempoh PKP – Datuk Seri Mahdzir Khalid

bil elektrik

Pengguna elektrik segmen kediaman diberi kemudahan untuk membayar Bil Elektrik SECARA ANSURAN bagi kegunaan elektrik sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Menurut Pengerusi TNB, Datuk Seri Mahdzir Khalid, bayaran ansuran itu boleh dibuat sehingga Disember 2020.

Bayar Bil Elektrik Secara Ansuran

mahzir khalid

Pelan ansuran itu ditawarkan secara automatik dan jumlah ansuran itu akan tertera dalam kotak kuning yang terdapat dalam bil pertama dengan bacaan sebenar.

Tujuan kemudahan bayaran ansuran itu adalah untuk meringankan beban pengguna yang terkesan olehk C0VID-19.

“Seperti sedia maklum, bermula 15 Mei lalu, TNB telah mengaktifkan semula operasi pembacaan meter setelah ditanggvhkan bagi mematuhi arahan PKP.


“Bil anggaran yang dikeluarkan semasa PKP diselaraskan dalam bil sebenar yang diserahkan pembaca meter.

“Secara amnya sepanjang tempoh PKP, kadar penggunaan elektrik sektor kediaman meningkat susulan rakyat mematuhi arahan PKP untuk berada di rumah,” katanya pada sidang media selepas melawat Kedai Tenaga Shah Alam, hari ini.

Hadir sama, Presiden/Ketua Pegawai Eksekutif TNB, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan.

Mahdzir turut mengakui bahawa terdapat pengguna yang menggunakan saluran media sosial menyatakan kekeIiruan mereka mengenai bil elektrik yang tinggi serta mempersoalkan kaedah pelarasan bil yang diguna pakai TNB.

kedai TNB

Beliau menjelaskan, pelarasan bil TNB adalah menggunakan kaedah prorata yang memastikan pengguna tidak terlebih caj yang disemak dan disahkan oleh Suruhanjaya Tenaga.

“Ia juga berdasarkan penggunaan sebenar elektrik setiap bulan kerana bil sebenar yang diberikan akan dibahagi sama rata untuk jumlah bulan tempoh PKP.

“Penggunaan bulanan inilah yang didarabkan dengan kadar blok tarif bagi setiap bulan,” katanya.

Bagi pelanggan yang memerlukan penjelasan mengenai bil mereka boleh berhubung terus dengan pegawai khidmat pelanggan TNB dan boleh datang terus ke mana-mana Kedai Tenaga berhampiran atau hubungi talian TNB CareLine 1-300-88-5454.

Setakat ini 119 Kedai Tenaga kembali beroperasi dan 6 lagi Kedai Tenaga di Pusat Transformasi Bandar (UTC) di seluruh Semenanjung akan hanya dibuka semula pada 9 Jun nanti.

Menurut beliau, Kedai Tenaga adalah salah satu saluran untuk pengguna mendapat maklumat secara bersemuka mengenai pelarasan bil elektrik mereka.

Setakat ini, data TNB menunjukkan sebab utama pelanggan berkunjung ke Kedai Tenaga bukanlah untuk bertanya berkenaan bil tinggi serta pelarasan bil.

“Majoriti mereka atau 42 peratus pelanggan yang datang adalah untuk mendapatkan salinan bil, manakala 58 peratus lagi adalah berkaitan hal lain perkhidmatan TNB seperti pembayaran bil, menutup akaun, pertanyaan tentang bil serta pelarasan dan hal lain.

“Oleh itu, kami mengalu-alukan pelanggan yang ingin mendapatkan maklumat mengenai pelarasan bil mereka,” katanya.

Baca: Boleh Rentas Negeri Untuk Berkahwin

Sumber : BH Online via Dbongkar


You May Also Like

About the Author: anakbapak

Saya akui memang anak bapak. Tapi ibu tidak terkecuali. Berminat buat blog sejak dibangku sekolah. Tak sangka buat blog ni mampu menjana pendapatan. Walau tidak seberapa kerana blog kita ni kecik, kadang-kadang ia membantu. Cita-cita nak travel ke mana saja. Kemudahan ada asalkan ada duit. Tak dapat naik British Airways, naik Air Asia atau Penerbangan Malaysia dah cukup. Makanan kegemaran, apa saja yang halal. KFC, McDonals dan Restoren Makanan Segera yang lain, jarang-jarang. Itu lah serba ringkas. Selamat Membaca blog Anak Bapak

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!