Bayi Baru Lahir Ditemui Kelaparan, Bersungguh Dia Minum Susu

bayi ditemui

Ketika dalam perjalanan pulang dari sebuah kedai serbaneka, seorang surirumah Paridah Johuran, 53, terjumpa sesuatu yang mengejutkan. Bayi baru lahir ditemui kelaparan. Ketika itu lebih kurang jam 10.30 pagi dua hari lalu.

Kejadian berlaku berhampiran rumahnya iaitu kira-kira 500 meter sahaja jaraknya iaitu di tepi jalan berhampiran Flat Sri Anugerah, Larkin.

“Tubuh saya menggigil apabila melihat bayi perempuan di dalam beg di bawah pokok dalam semak berhampiran rumah,” kata Paridah.

Di sinilah bayi berkenaan dijumpai.

Paridah memberitahu beliau sudah melepasi lokasi itu namun berpatah balik ke tempat itu sebelum ternampak beg berwarna putih corak merah jambu di tepi jalan. Pada awalnya, dia menyangka anak kucing dibuang di dalam beg itu kerana melihat bag itu bergerak-gerak.

Oleh kerana merasa tidak sedap hati, beliau meminta bantuan seorang pekerja bengkel berhampiran untuk mendapatkan beg itu kerana ia berhampiran dengan longkang.

“Apabila dia serahkan beg itu kepada saya, saya membukanya dan menggigil apabila mendapati objek di dalamnya adalah seorang bayi dipercayai berusia kurang seminggu kerana masih bertali pusat dan mempunyai kesan gigitan semut di pipinya,” katanya.

Syukur kerana bayi berkenaan selamat walau ada kesan gigitan serangga

Paridah berkata, dia hanya mampu mengucap dan sangat sedih dengan nasib bayi itu. Bayangkan jika tidak dijumpai oleh sesiapa atau jika lambat diselamatkan, mungkin ny4wanya terancam samada kelaparan atau disebabkan haiwan berbisa atau anjing liar yang berkeliaran di kawasan tersebut.


Beliau bersyukur kerana Allah memberinya peluang dan rezeki menyelamatkan bayi tersebut. Beliau juga berdoa agar bayi berkenaan mendapat perlindungan dan membesar sebagai insan yang soleh. Dia berharap anak itu dibesarkan dengan penuh kasih sayang.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan (JBS) Asisten Komisioner Shahurinain Jais berkata, seorang pengadu membawa bayi itu ke bengkel dan membersihkannya serta memberi susu. Bayi yang berusia dalam tiga hari itu dalam keadaan sihat dan baik ketika ditemui.

“Minum sampai kenyang Dik!”

“Bayi tersebut dibawa ke Jabatan Kecemasan Hospital Sultanah Aminah (HSA) untuk rawatan dan kini dalam penjagaan hospital, kami juga sudah memaklumkan kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM),” katanya Shahurinain menerusi kenyataan media.

Polis memohon kerjasama orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kes itu menghubungi Hot Line JBS 07-2218999 atau Pegawai Penyiasat Inspektor Masitah Ali Murtada di talian 013-3721458 atau balai polis berhampiran.

Kes disiasat mengikut Seksyen 317 K4nun Keseks44n kerana ibu bapa atau penjaga kanak-kanak berusia kurang 12 tahun mendedahkan dan membuang kanak-kanak itu, jika sabit kes4lahan boleh dihu kum penj4ra sehingga 7 tahun atau denda atau kedua-duanya.

Semoga bayi comel ini terus sihat dan menjadi anak dan insan yang baik.

Artikel Lain – Petua Untuk Memperolehi Anak Bagi Mereka Yang Telah Lama Berkahwin

Apa Komen Anda? Sila LIKE dan SHARE ye. Lawati juga facebook kami di Anak Bapak.

Sumber: Kulihat Langit Biru



You May Also Like

About the Author: anakbapak

Saya memang anak bapak dan ibu. Seorang lelaki biasa namun ada perlindungan insurans, takaful dan medical card. Saya suka melancong (travel) terutama ke Korea, Jepun, Eropah dan Australia. Gemar menaiki pesawat tambang murah seperti Air Asia, Malindo, Fire Fly dan Scoot. Berhasrat mahu ke Amerika Syarikat. Makanan kegemaran KFC, Western Food, McDonalds, Masakan India dan Thailand. Kereta Honda tetapi mahu membeli Ferrari atau Lamborghini tetapi tidak mampu. Telefon hanya guna Samsung dan vivo. Dulu pernah guna oppo. Huawei tidak pernah cuba. Suka juga layari laman niaga Ali Baba, e-bay dan Amazon. Berhasrat mahu memiliki banglo mewah kalau ada duit. Orang kata nak banyak duit main forex atau bitcoin tapi saya tidak berani. Itulah serba ringkas tentang saya.

1 Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!