Benarkah Lelaki Beristeri Masih Mencari Wanita Lain?

suami

Sesetengah orang menyalahkan kaum lelaki kerana tidak pernah cukup satu. Sesetengah orang menyalahkan wanita kerana tidak pandai menjaga suami. Bab menjaga suami baik dari segi makan pakai termasuk layanan batin memang tip top tetapi suami masih juga cari yang lain. Tidak semua tetapi memang ada. Benarkah lelaki beristeri masih mencari wanita lain, kenapa?

Mungkin inilah fitrah kejadian bagi kaum lelaki dan ini juga mungkin ujian kepada suami dan isteri itu sendiri. Allah mahu menguji kedua-duanya. Paling utama lelaki akan diuji bila semakin senang.

Mari kita sama-sama membaca satu perkongsian menarik dari saudara Amir Syahir berkaitan perkara yang dinyatakan di atas.

suami curang
Kadangkala apa yang isteri rasa, ianya benar-benar berlaku

Dalam kereta selepas balik dari beli barang dapur, tiba-tiba isteri aku tanya “Apa yang lelaki nak sebenarnya dalam hidup ni. Terutamanya yang dah berkahwin la”.

Aku diam saja. Otak tengah bekerja mencari jawapan yang sesuai. Takut salah jawab nanti, jenuh aku. Aku pandang dia. Muka dia macam berfikir sesuatu. Lepas itu dia sambung, “kalau tiada anak, dia cakap nak kahwin lain sebab nak ada anak, ada pewaris daripada darah daging sendiri. Namun bila ada anak, ada jugak yang masih cari yang lain.


Bila isteri tidak bekerja dia cakap rasa beban semua kena tanggung. Lepas itu cari lain yang berkerjaya kononnya boleh bantu dia. Tapi bila dapat isteri yang berkerjaya, yang ada pendapatan tetap, dia masih cari yang lain.

Ada isteri yang cantik, putih gebu, ada anak-anak yang comel pun masih nak berseronok cari yang lain di luar. Kalau isteri tidak pandai bergaya dia cakap macam-macam.

suami cari wanita lain
Adakah benar lelaki memang tidak cukup satu?

BACA JUGA: Kenapa Lelaki Bujang Sekarang Lebih Sukakan Janda

Memang pening dengan lelaki ni. Tidak tahu apa yang mereka nak dalam hidup. Kalau kahwin sekadar nak sakitkan hati anak orang, baik tak payah kahwin. Enjoy lah puas-puas.

Panjang lebar jugak isteri aku meluahkan pendapat dia. Mungkin isu ini dah lama terpendam dalam hati dia. Mungkin dia simpati ada kaum dia yang terkena dengan lelaki jenis macam itu. Aku hanya mendengar saja. Telan air liur jugak nak jawab persoalan ini.

Aku rasa golongan seperti ini adalah golongan yang tidak pernah merasa cukup dengan apa yang dia ada. Ada isteri cantik, dia masih mahu yang cantik lagi. Ada isteri yang baik dan bertanggung jawab, nak yang muslimah lagi.

Golongan yang selalu fokuskan apa yang mereka tidak ada daripada bersyukur dengan apa yang mereka sudah ada.

Mereka tidak ada isteri yang cantik dan berbadan kurus, pastu nak cari lain yang cantik dan kurus. Tapi mereka tidak sedar, isteri mereka sekarang sangat baik dan pandai memasak.

Ingatlah, isteri kau bukan malaikat. Dia cuma manusia biasa yang punya kekurangan. Kau kahwinlah dengan sepuluh orang perempuan sekalipun, kau tidak akan pernah jumpa yang sempurna.

lelaki tidak cukup satu
Situasi yang kerap berlaku masa kini

Jadi, dalam rumah tangga ini, jangan mencari apa yang kau tidak ada. Tapi hargailah apa yang kau sudah ada. Kalau kau nak cari kesilapan dan kekurangan pasangan kau memang akan jumpa. Tapi cuba kau terima diri pasangan kau seadanya. Kau tentu akan tenang.

Bersyukurlah kerana dikurniakan pasangan buat menemani kau sepanjang kehidupan ini. Dan kau harus lebih bersyukur jika Allah kurniakan kau zuriat bagi menyerikan lagi rumah tangga yang dibina.

Kau asyik kejar apa yang kau tiada, tapi dalam masa yang sama kau tak tahu ada orang yang inginkan kehidupan yang kau ada sekarang.

Begitulah sedikit sebanyak yang dikongsikan.

RUMUSAN

Sebenarnya tidak semua mempunyai kehendak dan masalah yang sama. Ada yang memang isteri cukup bagus tetapi masih mahu lagi yang lain. Ada juga isteri memang macam Mak Mertua Kassim Selamat tetapi hidup bersama sampai akhir hayat. Tentu semuanya ada alasan tersendiri.

Sumber: facebook


You May Also Like

About the Author: anakbapak

Saya akui memang anak bapak. Tapi ibu tidak terkecuali. Berminat buat blog sejak dibangku sekolah. Tak sangka buat blog ni mampu menjana pendapatan. Walau tidak seberapa kerana blog kita ni kecik, kadang-kadang ia membantu. Cita-cita nak travel ke mana saja. Kemudahan ada asalkan ada duit. Tak dapat naik British Airways, naik Air Asia atau Penerbangan Malaysia dah cukup. Makanan kegemaran, apa saja yang halal. KFC, McDonals dan Restoren Makanan Segera yang lain, jarang-jarang. Itu lah serba ringkas. Selamat Membaca blog Anak Bapak

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!