BERSATU, UMNO, PAS dan Beberapa Parti Bergabung?

beberapa parti bergabung

Tan Sri Muhyiddin Yassin dikatakan akan dicalonkan sebagai Perdana Menteri kelapan oleh Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) pada malam ini.

Dijangkakan satu pengumuman akan dibuat menerusi satu sidang media. Walaupun demikian, setakat ini tiada lagi butiran mengenai lokasi serta masa dimuktamadkan.

Adakah benar desas-desus bahawa Parti BERSATU, UMNO, PAS dan beberapa parti bergabung bagi membentuk kerajaan?

Muhyiddin
Tan Sri Muhyiddin. Foto: The Star

BERSATU, UMNO, PAS dan Beberapa Parti Bergabung?

Satu sumber dalaman telah memaklumkan, Muhyiddin akan diketengahkan sebagai Perdana Menteri kelapan, berdasarkan sokongan daripada Team Azmin, Gabungan Parti Sarawak (GPS), Parti Warisan Sabah (WARISAN) dan gabungan Muafakat Nasional yang merangkumi Parti PAS dan UMNO.

Team Azmin adalah merujuk kepada kumpulan diterajui Datuk Seri Mohamed Azmin Ali (bekas Timbalan Presiden PKR) dan 10 ahli Parlimen lain daripada parti yang sama, antaranya ialah Zuraida Kamaruddin (bekas Naib Presiden) dan Datuk Kamarudin Jaffar (bekas Timbalan Menteri Pengangkutan).


Sumber berkata seperti yang dilaporkan oleh BH, menerusi sokongan empat blok utama itu, BERSATU akan memperoleh majoriti mudah 116 kerusi. Is sekali gus membolehkan kerajaan ditubuhkan selepas mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Mustafa Billah Shah.

“Sekarang ini wujud percanggahan pendirian dalam BERSATU antara Dr Mahathir dan Team Muhyiddin, jadi langkah seterusnya akan diumumkan malam ini, insya-Allah,” katanya, hari ini.

Sebelum itu, Pengerusi BERSATU tiba di perkarangan Yayasan Al-Bukhary pada jam 9.10 pagi bagi mempengerusikan mesyuarat khas. Mesyuarat itu membabitkan 25 lagi Ahli Parlimen parti BERSATU.

Ditanya nada suasana ketika mesyuarat yang berlangsung hampir dua jam itu, sumber memaklumkan ia berlaku dalam suasana tegang. Dr Mahathir dilihat meninggalkan pertemuan separuh jalan.

“Tun hanya masuk sekejap dan tinggalkan mesyuarat disebabkan pendirian BERSATU untuk bekerjasama dengan PAS dan UMNO,” katanya.

Walau apapun kita tunggu keputusan rasmi selepas ini samada benar atau tidak Parti BERSATU, UMNO, PAS dan beberapa parti bergabung dan menubuhkan kerajaan atau tidak.


You May Also Like

About the Author: anakbapak

Saya akui memang anak bapak. Tapi ibu tidak terkecuali. Berminat buat blog sejak dibangku sekolah. Tak sangka buat blog ni mampu menjana pendapatan. Walau tidak seberapa kerana blog kita ni kecik, kadang-kadang ia membantu. Cita-cita nak travel ke mana saja. Kemudahan ada asalkan ada duit. Tak dapat naik British Airways, naik Air Asia atau Penerbangan Malaysia dah cukup. Makanan kegemaran, apa saja yang halal. KFC, McDonals dan Restoren Makanan Segera yang lain, jarang-jarang. Itu lah serba ringkas. Selamat Membaca blog Anak Bapak

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!