Dulu Jutawan Selepas Jatuh Miskin Semua Tinggalkannya Termasuk Anak Isteri


Betul kata orang, masa kita senang dan berharta, kita ramai kawan dan ramai juga yang mengaku saudara mara walaupun hanya bau-bau bacang. Masa itu kentut kita umpama inspirasi bagi mereka semua. Namun bila jatuh miskin dan susah, kita akan kehilangan segalanya. Mana pergi semua yang mengaku saudara mara tu? Mungkin juga anak isteri juga akan melupakan kita. Kawan-kawan masa senang dulu jauh sekali kecuali kawan-kawan yang sama-sama susah. Mungkin kita juga pernah lupa pada mereka masa kita senang dulu.

Masa senang kita ada semua. Allah menguji kita semasa senang dan semasa susah. Mungkin kita lupa atau lalai seketika. Na’uzubillah. Bersama ini saya kongsikan satu kisah sedih seperti yang diceritakan oleh sauadara Zak Ba di dalam facebooknya.

Gambar Hiasan. Jadilah pasangan yang mampu untuk hidup semasa susah dan senang.

KISAH DAN TAULADAN

Mari sama-sama kita ikuti apa yang diceritakan oleh saudara Zak Ba.

Pertama kali aku naik grab, sembang dengan driver sampai driver menangis. Allahu Akbar…


Siang tadi aku pi KL sat atas urusan kerja. Sampai Airport Subang, macam biasa book grab utk ke tempat meeting. Memandangkan aku sampai Subang kol 12.20tgh hari, so aku terus book grab ke Masjid Saidina Abu Bakar As-Sidiq, Bangsar utk solat Jumaat…

Gambar Hiasan

Driver grab ni seorang lelaki Melayu dalam lingkungan pertengahan 50an. Orangnya smart, bila mula bersembang aku dapat simpulkan dia ni educated dan knowledgeable dalam business & corporate world…

Bila dia sembang bab meniaga, korporat aku pun tokok tambah apa yg patut. Asalnya sekadar layan ja apa yg dia sembang sementara nak sampai ke destinasi…

Tiba2 dia bgtau kisah silam dia. Dia ni rupanya seorang bergelar “Datuk” dari Kerteh. Dulu dia seorang jutawan. Bisnes buat pelantar minyak dan kerja2 yang berkaitan oil & gas industry…

Masa kaya, akaun bank ada berjuta-juta. Apa anak isteri nak semua dia belikan. Katanya sekali supply besi utk binaan pelantar minyak kurang2 pun dalam RM15-20 juta…

Waktu ini, wang ringgit tidak menjadi masalah.

Kereta mewah ada 5 buah. Rumah banglo ada di Pahang, Terengganu & KL. Anak 3 orang dan seorang isteri…

Tahun 2016, Allah uji dia dan keluarga dia. Dengan sekelip mata dia jatuh susah. Bisnes dia tak menjadi. Dah supply barang dan buat kerja payment tak dapat, rakan meniaga pulak tipu, supplier cari mintak payment, bank hantar notis saman sebab tak bayar loan dan macam2 lagi…

Kemuncaknya semua harta terpaksa dijual dan dilelong. Dia ada ambik lawyer untuk lawan tuntut bayaran dari pihak yg berhutang dengan dia, tapi kes bertahun tak selesai juga. Legal fee dan lebih RM100k. Akhirnya dia tak teruskan kes sebab xdak duit nak bayar legal fee…

Kemuncak adalah semua harta terpaksa dijual dan dilelong

Disebabkan habuk pun tak ada, akhirnya isteri dia minta cerai. Isteri kahwin lain dan anak2 ikut isteri. Sampai tahun lepas anak lelaki sulung dia kahwin pun, dia langsung tak dijemput. Kiranya hubungan dengan isteri dan anak2 terus terputus sejak jatuh miskin…

Katanya lagi hidup dia kini kosong. Isteri sendiri dan anak2 pun boleh lari. Kaum keluarga dan kawan2 apatah lagi. Pada mulanya dia pernah minta bantuan ahli keluarga, tapi dihalau. Minta bantuan rakan, semua melarikan diri. Nak hutang dengan bank, bank reject…

Masa bagitau kisah family dia, dia mula menangis especially bila dia cerita tentang kegagalan dia mendidik isteri dan anak2. Dia cuma mampu bagi duit tapi bukan kasih sayang, didikan dan mengajak ke jalan Allah…

Gambar Hiasan.

Perkara yang paling dia tak sangka dalam hidup, seorang isteri yang selama ini hidup bersama dengan dia lebih dari 20 tahun waktu senang boleh tinggalkan dia kerana kemiskinan. Anak kandung tak mengaku dia ayah. Keluarga sanggup buang dia sedangkan suatu ketika dulu apa yang ahli keluarga dan saudara mara dia nak, dia bagi..

Sekarang ni harta yang dia ada cumalah sebuah kereta Produa Axia untuk buat grab. Untuk berteduh, dia cuma menyewa bilik RM200 sebulan di area Ara Damansara. Rutin hidup dia, bangun bawa grab dan pulang rehat di bilik sewa. Makan di warung atau kedai mamak. Pernah ketika tengah makan dia ternampak rakan lama bergelar Datuk juga, kelam kabut dia sembunyi sebab malu.

Pernah juga beberapa kali nak ambik passanger di Airport Subang. Bila dah dekat, rupanya orang yang dia kenali maka terus dia memecut laju dan cancel trip. Semuanya kerana malu dan terasa dirinya terlalu hina. Hidup dia sangat kosong. Segalanya tiada. Katanya, “Kalau bukan Islam jadi macam saya, confirm dah terus bangunan atau bunuh diri. Nasib baik saya tak sampai ke tahap itu”…

Gambar Hiasan. Salah satu hartanya sekarang adalah kereta jenis Axia dijadikan Grab Car untuk menyara hidup.

Dia kata kat aku, “Saya tak tahu sebab apa. Tapi encik ni macam ada aura yang menyebabkan saya kongsi semua ni. Encik customer pertama saya yang saya kongsikan kisah hidup saya. Saya bukan minta simpati, cuma sekadar berkongsi pengalaman hidup. Encik masih muda. Manalah tahu kalau encik kaya suatu hari nanti, jangan jadi macam saya. Silap saya, saya bela bini dan anak2 dengan duit tapi bukan dengan didikan agama dan kasih sayang. Itu yang dia orang tak pedulikan saya”..

Nak cerita panjang lagi. Cuma dipendekkan cerita, kata2 aku kat dia, “Saya tak tahu nak kata apa. Cuma saya doakan Allah bagi kekuatan kat Abang utk teruskan kelangsungan hidup Abang. Allah sebenarnya sayang Abang. Dia uji Abang dengan kesusahan supaya boleh kembali kepada Dia. Kalau Allah terus uji dengan kesenangan tak tahu bila kita akan ingat Allah dan kembali pada Allah. Maaflah, saya sendiri pun tak betul.

Kadang-kadang Allah ingatkan kita dengan berbagai cara sebelum kita dijemput-Nya kembali.

Cuma bagi saya, bila takdak sesiapa bersama Abang, inilah peluang terbaik untuk Abang dekatkan diri dengan Allah. Keluarga tak sayang tapi Allah sayang Abang. Dia buka jalan seluas-luasnya untuk Abang dekatkan diri dengan Dia. Banyak bersabar dan berdoa. Doa sama untuk bekas isteri dan anak2. Insya Allah, saya doakan suatu hari nanti dia orang akan kembali pada Abang. Paling penting dalam kita kalut bawa grab, solat kena jaga”…

Kisah macam ni kita selalu tengok dalam drama, tapi hari ni aku jumpa kisah yang real. Apapun moral of the story, sebagai suami atau ketua keluarga, tanggungjawab kita bukan setakat cari duit tapi yang lebih utama mendidik dan memastikan isteri dan anak2 jadi insan yang bertakwa…

Itulah kisah yang dikongsikan oleh Zak Ba. Semoga kita jadikan ia sebagai pengajaran buat kita. Jika anak isteri boleh tinggalkan kita, apatah lagi kawan-kawan dan saudara mara yang bau-bau bacang. Walau tidak semua tapi memang ada lagi kisah seperti ini. Semoga abang tadi dipermudahkan kehidupan seharian beliau sehingga ke akhirnya. Allah masih sayangkan beliau dengan anugerah kereta untuk beliau mencari rezeki.

Saya terkenang kepada satu lirik lagu Dikir Barat yang berjodok yang dipopularan oleh seorang profesor di sebuah universiti yang dikenali ramai iaitu Halim Yazid yang berbunyi:

MASA KITA KAYA RAMAILAH SAING SOBAT,
DAN TAK DOK GAPO SEKARO KUCING PUN TAK DUK DEKAT,
MASA SENANG LEGO RAMAILAH KAUM KERABAT,
DAN TAK DOK GAPO SEKARO LALAT PUN TOK SEY HINGGAP.

LAGU INI BOLEH DIBUAT TAULADAN

Sumber: Zak Ba



You May Also Like

About the Author: anakbapak

Saya memang anak bapak dan ibu. Seorang lelaki biasa namun ada perlindungan insurans, takaful dan medical card. Saya suka melancong (travel) terutama ke Korea, Jepun, Eropah dan Australia. Gemar menaiki pesawat tambang murah seperti Air Asia, Malindo, Fire Fly dan Scoot. Berhasrat mahu ke Amerika Syarikat. Makanan kegemaran KFC, Western Food, McDonalds, Masakan India dan Thailand. Kereta Honda tetapi mahu membeli Ferrari atau Lamborghini tetapi tidak mampu. Telefon hanya guna Samsung dan vivo. Dulu pernah guna oppo. Huawei tidak pernah cuba. Suka juga layari laman niaga Ali Baba, e-bay dan Amazon. Berhasrat mahu memiliki banglo mewah kalau ada duit. Orang kata nak banyak duit main forex atau bitcoin tapi saya tidak berani. Itulah serba ringkas tentang saya.

2 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!