Kini Boleh Merentas Negeri Untuk Berkahwin Dengan Syarat…

merentas negeri

Kepada BAKAL pengantin, ini berita baik untuk anda. Jika anda disatukan pada ketika ini dan perlu merentas negeri, bolehlah berbuat demikian dengan memohon kebenaran dari pihak polis.

Boleh Merentas Negeri Untuk Berkahwin

Mesyuarat Khas Menteri-Menteri hari ini bersetuju memberi kebenaran itu untuk memudahkan urusan akad nikah bagi pasangan yang ingin bernikah, menurut Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

“Rupanya ramai yang nak bernikah sewaktu Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) termasuk ketika PKP Bersyarat (PKPB) ini dan antaranya perlu merentas negeri kerana pasangan di negeri lain.

boleh rentas negeri untuk kahwin
Jangan lepaskan peluang yang ada ini.

“Jadi mesyuarat hari ini faham keperluan tersebut dan bersetuju membenarkan rentas negeri bagi urusan akad nikah dan tertakluk syarat sama, perlu ada kelulusan polis.

“Juga prosedur operasi standard (SOP) sama seperti tidak boleh bersalaman, majlis tidak melebihi 20 orang dan sebagainya,” katanya pada sidang media harian di Putrajaya, hari ini.


Menurut Hmetro, bukan bakal pengantin sahaja, Ismail Sabri berkata, kebenaran turut diberikan kepada jurufoto perkahwinan yang mahu mengambil gambar pengantin sama ada ketika majlis berlangsung mahupun gambar pra-perkahwinan.

“Kita bersetuju kerana ia tidak membabitkan ramai orang dan gambar diambil di tempat terbuka seperti tasik dan sebagainya. SOP nya tetap sama, tidak boleh ramai, perlu patuh penjarakan sosial, memakai pelitup muka serta sebagainya,” katanya.

Baca – Gunting Rambut Masih Tidak Dibenarkan Walau di Rumah

Yang tertangguh sebelum ini yang tak dapat meneruskan hasrat untuk berkahwin, boleh lah memohon kebenaran polis untuk meneruskan hasrat anda.


You May Also Like

About the Author: anakbapak

Saya akui memang anak bapak. Tapi ibu tidak terkecuali. Berminat buat blog sejak dibangku sekolah. Tak sangka buat blog ni mampu menjana pendapatan. Walau tidak seberapa kerana blog kita ni kecik, kadang-kadang ia membantu. Cita-cita nak travel ke mana saja. Kemudahan ada asalkan ada duit. Tak dapat naik British Airways, naik Air Asia atau Penerbangan Malaysia dah cukup. Makanan kegemaran, apa saja yang halal. KFC, McDonals dan Restoren Makanan Segera yang lain, jarang-jarang. Itu lah serba ringkas. Selamat Membaca blog Anak Bapak

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!