Semasa Min ke Kuala Lumpur dulu, ternampak deretan basikal oBike di sekitar bandaraya ini. Namun Min sendiri pada masa tersebut tidak tahu basikal itu diletakkan di situ untuk siapa? Siapakah pemiliknya dan bagaimana untuk mendapatkannya.
Selepas kembali berkunjung ke KualaLumput, Min perasan, jumlah basikal tersebut semakin kurang atau mungkin disesetengah tempat telah tiada. Ke mana perginya kenderaan ini sebenarnya ye?
Siapa Pemilik Basikal oBike?
Basikal tersebut sememangnya telah disediakan sebagai alternatif sebagai kemudahan orang ramai bergerak dari satu lokasi ke satu lokasi di sekitar Kuala Lumpur. Namun tidak semua rakyat negara ini mengetahui akan kewujudannya atau kegunaannya.
Selepas itu, ada basikal yang dilihat seolah-olah terabai dan tidak diselenggara dengan baik. Tidak ketinggalan juga basikal-basikal ini menjadi mangsa vandalisme segelintir pengguna yang tidak bertanggungjawab.
Ia seolah-olah tidak ada penghargaan daripada masyarakat setempat. Keadaan ini mendorong seirang pelabur ekonomi dari Myammar, Mike Than Tun Win mengambil peluang untuk membeli basikal-basikal terbabit bagi kegunaan kanak-kanak yang tidak bernasib baik di tanah airnya.
Bukan sahaja di negara ini, Mike dilaporkan turut membeli basikal-basikal oBike dari Singapura bermula awal tahun ini untuk diberikan kepada kanak-kanak di negaranya Myanmar. Jumlahnya telah melebihi 10,000 buah. Mulianya hati Mike.
Beliau berkata dengan adanya basikal tersebut, pelajar-pelajar miskin di Myanmar tidak perlu lagi bersusah payah untuk pergi ke sekolah dengan berjalan kaki yang mana jaraknya sehingga 10km. Ia mengambil masa sehingga 2 jam untuk mereka sampai ke sekolah. Gigihnya mereka mahu belajar.
Seorang pelajar berusia 11 tahun memberitahu, kini dia mempunyai lebih banyak masa untuk belajar dan bermain dengan kawan-kawan, Beliau sangat gembira apabila menerima basikal tersebut daripada Mike.
Keprihatinan individu terbabit terhadap anak bangsanya patut dipuji. Beliau bukan mengejar keuntungan peribadi tetapi beliau membuat pelaburan untuk masa depan kanak-kanak terbabit.
Semoga usaha murni ini, menjadi pemangkin kepada orang-orang kita yang berkemampuan agar dapat menginovasikan sesuatu supaya dapat digunakan oleh mereka yang memerlukan. Min harapkan agar di negera kita ini anda insan yang kaya rasa bertindak seperti lelaki ini.
Apa komen anda tentang usaha lelaki tersebut? Sila LIKE dan SHARE jika anda merasakan maklumat ini memberi pengetahuan kepada anda.
Baca Juga – Demi Anak Seorang Bapa Anyam Tali Rafia Untuk Dijadikan Bag Sekolah
Sumber: facebook