Kajian Membuktikan Bahawa Botol Air Yang Diletakkan Di Dalam Kereta Boleh Sebabkan Kebakaran

Sedar atau tidak sedar, setiap hari ada sahaja botol air mineral di dalam kereta kita. Samada dibuat bekalan untuk minum di dalam kereta atau memang sengaja ditinggalkan. Untuk pengetahuan anda semua, sebenarnya botol air yang ditinggalkan di dalam kereta boleh menyebabkan kebakaran atau mengakibatkan kerosakan lain.

punca kebakaran
Menurut kajian, botol air yang ditinggalkan mampu membantu berlakunya kebakaran di dalam kenderaan.

Teruskan pembacaan anda sebagai ilmu tambahan dan untuk mengetahui bagaimana botol air ini boleh membahayakan anda dan merosakkan harta anda. Kereta anda harganya bukan murah dan bukan senang untuk mendapatkan pinjaman bank. Jadi seeloknya anda mengambil tahu.

Semasa bersekolah dahulu, kita pernah ditunjukkan oleh guru kita bagaimana sekeping kertas boleh terbakar tanpa menggunakan mancis atau pemetik api. Hanya dengan menggunakan kanta pembesar di bawah sinaran terus cahaya matahari kebakaran tersebut telah berlaku. Tentu anda masih ingat bukan? Prosesnya adalah sama seperti itu terhadap botol mineral yang anda tinggalkan di dalam kereta anda.

kebakaran
Prosesnya adalah sama seperti tindakbalas cahaya dan haba kepada kanta pembesar.

Apabila sinar matahari menembusi, cermin, kaca, plastik atau cecair ia akan memberi tindakbalas yang sama seperti kanta pembesar. Dalam kajian yang dijalankan oleh Jabatan Bomba Barat Midwest, sinar matahari yang melalui sebotol air mineral mampu mencapai suhu sehingga 250┬║C. Suhu ini sangat panas dan mampu untuk membakar! Ini kerana faktor-faktor yang menyebabkan kebakaran mencukupi iaitu haba, bahan bakar dan oksigen. Maka terjadilah rantaian tindakbalas kimia untuk proses pembakaran.

Gambar di bawah menunjukkan kenderaan yang terbakar. Harus diingatkan bahawa kenderaan boleh hangus terbakar dalam masa 3 ke 5 minit sahaja tambahan jika cuaca panas. Bahan-bahan yang terdapat di dalam kenderaan seperti tempat duduk sangat mudah terbakar.

haba, bahan, oksigen
Kenderaan akan terbakar sepenuhnya dalam masa yang singkat.

LANGKAH-LANGKAH PENCEGAHAN

Langkah pencegahan sangat mudah. Jangan tinggalkan botol air di dalam kereta anda walau dalam keadaan apa sekalipun. Jika anda pelupa, buat sesuatu supaya anda tidak lupa. Anda boleh juga letakkan botol mineral ditempat yang tidak terdedah kepada panas matahari.

BAHAYA SELAIN KEBAKARAN

Penyelidikan yang dilakukan oleh Universiti Florida mendapati bahawa plastik yang biasanya digunakan dalam penghasilan botol air cenderung untuk melepaskan antimoni dan bisphenol A (BPA) jika terdedah kepada cahaya matahari dalam tempoh masa tertentu.

Semakin lama botol plastik ditinggalkan di persekitaran yang panas, semakin banyak antimoni dan BPA yang dikeluarkan.

Berikut adalah senarai pendek masalah kesihatan yang disebabkan oleh botol air mineral:

  • ┬áPerubahan dalam tahap hormon
  • Masalah kepada jantung
  • Peningkatan risiko kanser
  • Sakit perut
  • Cirit-birit
  • Muntah

Sesetengah kajian juga turut mengaitkannya dengan masalah keguguran dan pendarahan retina.

TONTON VIDEO

Setelah membaca artikel di atas, kami berharap anda sentiasa berhati-hati dengan botol air anda. Pastikan anda tidak meninggalkan botol air di dalam kereta atau letakkan di tempat yang tidak terdedah kepada panas manatahri kerana sememangnya sangat berbahaya. Sebarkan kepada semua ahli keluarga dan rakan-rakan anda agar mereka maklum bahaya ini

Jika Anda Sukakan Artikel ini dan fikirkan ianya memang berfaedah, Sila Kongsikan untuk Manfaat bersama

Sumber: Tribune Malaya

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *