Budak 12 Tahun Tinggal Sendirian Di Rumah Usang

12 Tahun Hidup Sendirian

Kehidupan seorang kanak-kanak lelaki berusia 12 tahun ini tidak ubah seperti gelandangan. Bayangkan dalam umur 12 tahun, beliau terpaksa menumpang tidur di rumah kawan dan membantu penduduk kampung melakukan kerja rumah bagi mendapatkan upah.

Mohd Firdaus Abdullah, 12, terpaksa melalui Kehidupan seperti itu sejak dua minggu lalu selepas dia terpaksa tinggal seorang diri di rumah sewanya di Jalan Intan, Kampung Dato’ Ahmad Said, Manjoi, Perak.

Keadaan tempat tinggal Firdaus

Sejak Oktober tahun lalu Mohd Firdaus tidak bersekolah dan tinggal bersendirian selepas ibunya ditahan oleh Agensi Anti D4dah Kebangsaan (AADK) dalam satu operasi awal bulan ini.

Firdaus memberitahu wartawan ketika ditemui bahawa ibu dan ayahnya telah lama berpisah dan selepas berkahwin baharu, ayah tirinya juga meninggalkan mereka kira-kira lima tahun lalu.

Firdaus yang juga merupakan anak tunggal memberitahu selama ini beliau hanya tinggal bersama ibunya sahaja tetapi dua minggu lalu beliau dimaklumkan kawannya bahawa ibunya ditahan sebab terlibat dengan d4dah.


Usia sebegini tidak selamat untuk tinggal seorang diri

“Saya tak sempat pun jumpa mak, tahu-tahu balik rumah dah kosong, tak ada orang pun,” katanya.

Disebabkan takut tinggal sendirian, Firdaus menumpang tidur di rumah kawan baik yang juga rakan sekelasnya dahulu, yang dikenali sebagai Syafik.

“Keluarga Syafik baik, kebetulan mak dia dan mak saya kawan, bila mereka kena balik kampung, saya pun balik la semula ke rumah,” katanya.

Apa yang menyedihkan, rumah bersambung tiga pintu jenis papan yang turut didiami dua penyewa lain itu telah terputus bekalan elektrik dan air sejak dua tahun lalu.

Mohd Firdaus berkata, sepanjang tempoh itu, rumahnya hanya diterangi cahaya lilin dan mereka terpaksa mandi di tandas stesen minyak berdekatan.

Keadaan rumah Firdaus

“Memang macam ni lah kehidupan kami, selepas berhenti sekolah, saya tolong sapu daun kering dan bakar sampah di rumah orang, dapatlah upah RM3 ke RM5, mak pula kerja cuci-cuci, orang kampung pun banyak tolong, ada yang bagi duit belanja untuk kami makan,” katanya.

Firdaus juga memberitahu, sepanjang tinggal di rumah sendiri, bapa saudaranya kerap membantu dengan menghantar makanan setiap hari.

“Saya tak nak menyusahkan orang, mereka pun bukan orang senang. Tipulah kalau saya tak sedih, tak takut duduk sorang-sorang, tapi nak buat macam mana, reda sajalah,” katanya.

Beliau yang sebelum ini bersekolah di Sekolah Kebangsaan (SK) Jati juga menyatakan keinginannya untuk kembali ke sekolah.

Ibunya difahamkan kini berada di Penjara Tapah manakala kali terakhir dia mendapat tahu bahawa ayah kandungnya berada di Negeri Sembilan.

Keadaan Mohd Firdaus telah dirujuk kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Perak dan disyorkan agar beliau ditempatkan di mana-mana asrama rumah perlindungan.

Difahamkan semua maklumat telah diambil oleh pihak JKM.

Semoga adik Mohd Firdaus mendapat perlindungan sewajarnya dari pihak yang berkenaan.

Artikel Lain: Kisah Di Penghujung Usia (Kehidupan Selepas Bersara)

Sumber: Sinar Harian via facebook



You May Also Like

About the Author: anakbapak

Saya memang anak bapak dan ibu. Seorang lelaki biasa namun ada perlindungan insurans, takaful dan medical card. Saya suka melancong (travel) terutama ke Korea, Jepun, Eropah dan Australia. Gemar menaiki pesawat tambang murah seperti Air Asia, Malindo, Fire Fly dan Scoot. Berhasrat mahu ke Amerika Syarikat. Makanan kegemaran KFC, Western Food, McDonalds, Masakan India dan Thailand. Kereta Honda tetapi mahu membeli Ferrari atau Lamborghini tetapi tidak mampu. Telefon hanya guna Samsung dan vivo. Dulu pernah guna oppo. Huawei tidak pernah cuba. Suka juga layari laman niaga Ali Baba, e-bay dan Amazon. Berhasrat mahu memiliki banglo mewah kalau ada duit. Orang kata nak banyak duit main forex atau bitcoin tapi saya tidak berani. Itulah serba ringkas tentang saya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!