Tular Budak Minum Minuman Keras Berlaku Di Johor Bahru

tular budak minum minuman keras

Rakaman video tular seorang budak minum minuman keras di aplikasi WhatsApp sejak semalam disahkan berlaku di Johor Bahru.

Dalam klip video yang berdurasi 31 saat itu, kanak-kanak lelaki terbabit yang berusia 2 tahun itu dilihat sedang meneguk air daripada tin minuman keras berwarna biru.

Kejadian dipercayai berlaku di Iskandar Puteri itu kemudiannya mendapat perhatian pelbagai pihak yang mana ada daripadanya telah membuat laporan polis kerana bimbang kanak-kanak tersebut berkemungkinan sedang dider4.

Ketua Jabatan Siasatan Jenay4h (JSJ) Johor, Senior Asisten Komisioner Md Yusof Ahmad turut mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian kira-kira jam 9 pagi semalam.

Namun, pada hari yang sama, ibu kepada kanak-kanak terbabit tampil membuat laporan penafian dengan memaklumkan anak lelakinya itu bertindak sendiri dengan mengambil tin minuman keras di ruang ibadah mereka.


“Ibu kepada kanak-kanak ini datang membuat laporan kira-kira jam 9 malam semalam. Dia juga memaklumkan tindakan itu di luar kawalannya malah bukan sengaja membiarkan anaknya meminum arak tersebut.

“Dia memberitahu, ketika membiarkan anak sebentar, dia dengan sendiri mengambil tin minuman arak tersebut yang mana diletakkan di ruang ibadat mereka sebelum meneguknya,” katan Md Yusof hari ini.

Tambah Md Yusof, kanak-kanak lelaki itu bagaimanapun tidak mengalami sebarang masalah kesihatan dan siasatan lanjut berhubung kejadian itu masih diteruskan.

Kes disiasat mengikut Seksyen 31 Akta Kanak-Kanak 2001 dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Sumber: Sinar Harian

Min nak pesan kepada ibu bapa supaya jangan lalai kalau kita ada anak kecik. Bukan setakat minuman keras, apa sahaja yang menyerupai minuman, mereka akan meneguknya jika terjumpa. Lebih malang jika apa y ng mereka minum membah4yakan nyawa mereka.

Baca Juga – Isu Arak Tanpa Alkohol, Siti Kasim Pula Ajar Mujahid

Apa komen anda? Sila LIKE dan SHARE. Terima kasih



You May Also Like

About the Author: anakbapak

Saya memang anak bapak dan ibu. Seorang lelaki biasa namun ada perlindungan insurans, takaful dan medical card. Saya suka melancong (travel) terutama ke Korea, Jepun, Eropah dan Australia. Gemar menaiki pesawat tambang murah seperti Air Asia, Malindo, Fire Fly dan Scoot. Berhasrat mahu ke Amerika Syarikat. Makanan kegemaran KFC, Western Food, McDonalds, Masakan India dan Thailand. Kereta Honda tetapi mahu membeli Ferrari atau Lamborghini tetapi tidak mampu. Telefon hanya guna Samsung dan vivo. Dulu pernah guna oppo. Huawei tidak pernah cuba. Suka juga layari laman niaga Ali Baba, e-bay dan Amazon. Berhasrat mahu memiliki banglo mewah kalau ada duit. Orang kata nak banyak duit main forex atau bitcoin tapi saya tidak berani. Itulah serba ringkas tentang saya.

1 Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!