C0VID-19: Hospital Sesak, Pesakit ‘Tiada Harapan’ Diminta Pulang

C0VID 19 di Texas

TEXAS: Doktor di hospital sekitar Texas hingga ke sempadan Mexico mungkin terpaksa hantar balik pesakit C0VID-19 yang kritikαl bagi menghabiskan ‘waktu terakhir’ di sisi keluarga.

Pegawai kesihatan di Starr County berkata, pendekatan itu bagi membolehkan pihak hospital memanfaatkan ruang terhad bagi merawat pesakit yang mempunyai peluang untuk sembuh.

C0VID-19, Pesakit Tiada Harapan Diminta Pulang

Pihak Berkuasa Kesihatan Daerah, Dr Jose Vasquez, memaklumkan mereka akan menubuhkan jawatankuasa bagi mengkaji kes pesakit di Starr County Memorial Hospital di Rio Grande City pada minggu ini.

Hampir 50 peratus pesakit yang dimasukkan ke wad kecemasan hospital adalah positif C0VID-19. Keadaan kini sangat terdesak.

Texas adalah lokasi terburuk C0VID-19, menghadapi kebanjiran pesakit sehingga memaksa hospital itu menerima kemasukan pesakit lebih daripada kemampuan.


Kes semakin menunjukkan peningkatan di kawasan luar bandar Texas sejak sebulan lalu dan ini adalah kali pertama hospital terbabit menerima kemasukan pesakit C0VID-19.

C0VID-19

Hakim Starr County, Eloy Vera, dalam catatan Facebook berkata Starr County Memorial Hospital mempunyai kemampuan terhad.

“Justeru, doktor terpaksa membuat keputusan siapa yang perlu menerima rawatan dan siapa dihantar pulang untuk menghembuskan nαfαs terakhir di sisi keluarga tersayang.

“Ini adalah sesuatu yang kami tidak mahu masyarakat lalui tapi tidak dapat dielakkan,” katanya.

Vasquez menambah, Ini merupakan satu keputusan yang sangat sukar, namun dengan sumber yang terhad, pegawai perlu membuat pertimbangan siapa yang memiliki peluang terbaik untuk bertahan.

Bagi pesakit yang tidak ada harapan untuk sembuh, pihaknya percaya mereka akan dijaga dengan lebih baik oleh keluarganya sendiri dengan penuh kasih sayang, berbanding menunggu αjαl sendirian di katil hospital.

Sumber: Berita Harian

Kita di Malaysia seeloknya terus mematuhi SOP yang dikeluarkan oleh kerajaan. C0VID-19 tidak diketahui berada di mana, ia boleh hinggap pada sesiapa sahaja. Berdisiplinlah di mana sahaja kita berada.


You May Also Like

About the Author: anakbapak

Saya akui memang anak bapak. Tapi ibu tidak terkecuali. Berminat buat blog sejak dibangku sekolah. Tak sangka buat blog ni mampu menjana pendapatan. Walau tidak seberapa kerana blog kita ni kecik, kadang-kadang ia membantu. Cita-cita nak travel ke mana saja. Kemudahan ada asalkan ada duit. Tak dapat naik British Airways, naik Air Asia atau Penerbangan Malaysia dah cukup. Makanan kegemaran, apa saja yang halal. KFC, McDonals dan Restoren Makanan Segera yang lain, jarang-jarang. Itu lah serba ringkas. Selamat Membaca blog Anak Bapak

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!