Cara Masak Kuah Kacang Paling Mudah, Sesuai Untuk Yang Baru Nak Cuba Masak

kuah kacang

Bila tiba hari raya tidak lengkap tanpa menu ini. Nasi himpit atau ketupat nasi memang tidak lengkap jika dihidangkan tanpa kuah kacang. Mungkin tahun ini ramai yang tidak dapar balik berhari raya di kampung. Jadi terpaksalah belajar masak sendiri termasuk kuah kacang ini.

Jika anda masih tidak berapa mahir untuk membuat kuah kacang, anda boleh ikut resepi ini. Resepi istimewa ini dikongsi oleh Abdul Razak Abdul Rahim seperti yang disiar oleh Vanilla Kismis. Resepi ini adalah sangat simple dan ianya sangat sesuai untuk tukang masak beginner macam kita.

nasi himpit

RESEPI KUAH KACANG

Bahan-Bahan:

  • 2 cawan kacang tanah – digoreng (sangai ) dan dikisar
  • 3 batang serai – dikisar
  • 2 inci halia – dikisar
  • 2 biji bawang merah (Onion) – dikisar
  • Segenggam cili kering – dikisar
  • Asam Jawa (guna pes Asam Jawa Adabi tanpa biji)
  • Gula Melaka/gula pasir
  • Garam

kacang tanah kisar

Cara Memasak:

1. Tumis semua bahan kisar hingga pecah minyak.


kuah kacang 1

2. Masukkan 2 sudu kecil asam jawa adabi tanpa biji tu. Masukkan sedikit demi sedikit supaya tidak terlebih masam.

3. Masukkan 2 cawan kacang tanah yang telah digoreng dan dikisar. Jika kurang pekat boleh tambah lagi.

kuah kacang 2

4. Masukkan gula melaka atau gula pasir dan garam secukup rasa. Kuah akan lebih sedap jika manis.

5. Teruskan masak hingga pecah minyak.

kuah kacang 3

6. Bila pecah minyak tutup api.

SIAP UNTUK DIHIDANGKAN

Selamat Mencuba.

Baca – Cara Buat Lemang Dalam Tin

TIP


  • Rebuslah nasi himpit di sebelah malam kerana keesokan pagi dan boleh makan.
  • Kuah kacang boleh buat awal kerana semakin lama, kemudian panaskan ianya semakin sedap.
  • Boleh masukkan udang kering jika anda suka.
  • Jika kuah terlalu pekat, masukkan air.

You May Also Like

About the Author: anakbapak

Saya akui memang anak bapak. Tapi ibu tidak terkecuali. Berminat buat blog sejak dibangku sekolah. Tak sangka buat blog ni mampu menjana pendapatan. Walau tidak seberapa kerana blog kita ni kecik, kadang-kadang ia membantu. Cita-cita nak travel ke mana saja. Kemudahan ada asalkan ada duit. Tak dapat naik British Airways, naik Air Asia atau Penerbangan Malaysia dah cukup. Makanan kegemaran, apa saja yang halal. KFC, McDonals dan Restoren Makanan Segera yang lain, jarang-jarang. Itu lah serba ringkas. Selamat Membaca blog Anak Bapak

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!