Cara Menyimpan Telur Supaya Tahan Lama

Cara Menyimpan Telur Supaya Tahan Lama

Telur adalah salah satu sumber makanan sangat popular, murah, mudah didapati dan senang dimasak. Setiap pagi kebanyakan semua peringkat usia kecuali bayi akan mengambil telur dalam sarapan mereka. Seiring dengan perubahan cuaca yang tidak menentu, cuba elakkan telur daripada menjadi cepat busuk. Kita juga hendaklah memastikan telur yang kita simpan kekal berkualiti. Oleh itu adalah penting untuk kita aplikasikan cara menyimpan telur supaya tahan lama.

Bagaimanakah Cara Menyimpan Telur Supaya Tidak Mudah Rosak?

Berikut adalah merupakan cara menyimpan telur supaya tahan lama.

  • Letak telur di atas bekas seperti piring, pinggan atau dulang.
  • Tuangkan sedikit minyak kacang ke permukaan kulit telur.

telur1

  • Sapukan minyak kacang pada keseluruhan permukaan kulit telur.
  • Simpan di tempat yang dikhaskan di luar peti sejuk

telur2

Kenapakah minyak kacang mampu melindungi telur dalam jangka waktu yang agak lama dari biasa agar kekal segar dan tidak cepat rosak?

Sebenarnya minyak kacang begitu efektif dan mampu menghalang permukaan kulit telur terdedah kepada udara sehingga bakteria yang terdapat di udara tidak boleh meresap dengan mudah ke bahagian dalam telur. Secara tidak langsung dapat melindungi telur dari mengalami kerosakan dan tahan lebih lama. Ternyata cara ini berkesan.


Selamat mencuba.

Sumber: erabaru.net


You May Also Like

About the Author: anakbapak

Saya akui memang anak bapak. Tapi ibu tidak terkecuali. Berminat buat blog sejak dibangku sekolah. Tak sangka buat blog ni mampu menjana pendapatan. Walau tidak seberapa kerana blog kita ni kecik, kadang-kadang ia membantu. Cita-cita nak travel ke mana saja. Kemudahan ada asalkan ada duit. Tak dapat naik British Airways, naik Air Asia atau Penerbangan Malaysia dah cukup. Makanan kegemaran, apa saja yang halal. KFC, McDonals dan Restoren Makanan Segera yang lain, jarang-jarang. Itu lah serba ringkas. Selamat Membaca blog Anak Bapak

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!