Ramai lelaki dan wanita pertengahan usia diserang penyakit gout. Penyakit ini biasanya berpunca daripada amalan pemakanan semasa hayat mereka. Banyak makanan yang anda makan sebenarnya merbahaya kerana mengandungi asid urik yang sangat tinggi.
Dalam tubuh manusia, purin akan disingkirkan sebagai asid urik melalui sistem perkumuhan. Purin dijumpai sangat tinggi kandungannya dalam kebanyakan makanan harian kita.
Pengambilan sederhana makanan yang ada nilai purin tidak berkaitan dengan peningkatan risiko penyakit gout. Namun jika pengambilan yang lebih ianya akan menjadikan sangat berisiko.
Apaila asid urik berkumpul di bahagian sendi, kesakitan akan terasa. Sakitnya tidak dapat diperkata sehinggakan ada yang tidak mampu untuk bergerak.
TANDA-TANDA
Tanda mudah anda diserang gout atau asid urik berlebihan ialah terasa lenguh atau kebas di bahagian sendi. Kadang-kadang anda menyangka bahagian tersebut tersalah urat atau terseliuh.
Untuk memastikan dengan lebih lanjut, sila pergi berjumpa doktor dan buat pemeriksaan darah.
CARA RAWATAN
Seorang perawat tradisional membuat perkongsian di hantaran facebook mengenai cara mudah untuk mengeluarkan asid urik dari badan. Beliau hanya menggunakan buah bagi tujuan tersebut.
Mari kita kupas secara ringkas bagaimana cara ia merawat atau menyedut asid urik daripada pesakit.
1. Anda hanya perlu dapatkan sebiji buah nona yang masak.
2. Hancurkan isi buah nona, tampal pada sendi yang sakit.
3. Sebaiknya dibalut tempat tempat yang di tampal dengan isi buah nona itu supaya buah yang hancur itu tidak jatuh apabila semasa tidur.
4. Lakukan pada setiap malam sebelum anda masuk tidur.
Keesokkan hari anda akan dapat melihat isi buah nona tersebut berwarna kehitaman. Jangan pula anda terkejut. Insya Allah tempat yang sakit tidak lagi merasa sakit seperti sebelumnya.
Semoga artikel ringkas ini membantu anda, sahabat anda atau saudara mara anda Insya Allah.
Apa komen anda? Sila like dan share ye.
ARTIKEL LAIN: Tanda-Tanda Awal Diserang Sakit Buah Pinggang
Sumber: Facebook
2 Comments