Cara Mudah Kukus Nasi Dengan Periuk Elektrik

Cara Mudah Kukus Nasi

Periuk elektrik juga menyebabkan nasi berkerak jika kita off suis pada soket. Jadi bagaimana cara untuk mengelakkan nasi yang ditanak tidak berkerak? Zaman yang serba mahal ini eloklah kita cari jalan akan tiada sedikitpun pembaziran. Sebenarnya ada cara mudah  kukus nasi dengan periuk elektrik.

Caranya mudah saja. Nak kukus tak pandai? Tiada alat pengukus di rumah? Sebenarnya kukus nasi sangat mudah. Tidak perlu takut-takut untuk mencubanya. Hanya gunakan peralatan yang sedia ada. Di sini kita nak tunjukkan cara kukus nasi dengan periuk nasi elektrik.

CARA KUKUS NASI DENGAN PERIUK ELEKTRIK

1. Basuh beras dan masukkan ke dalam bekas yang sesuai dengan periuk nasi anda.

cara masak nasi kukus
Langkah 1

2. Masukkan Air hingga beras tenggelam. Kalau letak sedikit air, dikhuatiri nasi menjadi keras.


Cara kukus nasi
Langkah 2

3. Masukkan air yang secukupnya ke dalam periuk elektrik (agak-agak sahaja).

cara mudah kukus nasi
Langkah 3

4. Letakkan alas pengukus di bahagian atas pengukus. Jika tiada anda boleh juga letakkan tin susu ke dalam periuk sebagai alas atau apa sahaja yang sesuai.

cara nak kukus nasi
Langkah 4

5. Letakkan bekas berisi beras ke atas pengukus atau di atas alas dan tutup periuk nasi.

masa nasi kukus
Langkah 5

6. Tekan butang ON pada periuk nasi elektrik.

langkah mengukus nasi
Langkah 6

7. Anggaran untuk masak adalah 30 ke 40 min. Apabila sudah masak, OFF soket elektrik. Anda boleh periksa nasi tersbut. Jika belum masak biarkan sekejap di dalam periuk tanpa perlu ON elektrik. Hanya gunakan wap yang masih panas.

nasi kukus sedap
Langkah 7

8. Apabila sudah masak, apa lagi, boleh dimakan terus bersama lauk yang anda sudah masak. Dijamin nasi yang anda masak memang tidak akan berkerak.

nasi putih
Nasi yang telah siap dikukus

Cara ini sesuai kalau tinggal bujang. Kalau berkeluarga juga boleh. Cari periuk besar sedikit. Atau boleh sahaja gunakan dapur biasa. Kaedah hampir sama cuma gunakan pengukus atau kreativiti anda sendiri dengan alatan yang ada.

Selamat mencuba.


You May Also Like

About the Author: anakbapak

Saya akui memang anak bapak. Tapi ibu tidak terkecuali. Berminat buat blog sejak dibangku sekolah. Tak sangka buat blog ni mampu menjana pendapatan. Walau tidak seberapa kerana blog kita ni kecik, kadang-kadang ia membantu. Cita-cita nak travel ke mana saja. Kemudahan ada asalkan ada duit. Tak dapat naik British Airways, naik Air Asia atau Penerbangan Malaysia dah cukup. Makanan kegemaran, apa saja yang halal. KFC, McDonals dan Restoren Makanan Segera yang lain, jarang-jarang. Itu lah serba ringkas. Selamat Membaca blog Anak Bapak

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!