Cara Mudah Save Nombor Prospek Yang Pernah Whatsapp Dengan Anda

Cara Mudah Save Nombor Whatsapp

Anda seorang yang menjalankan bisnes melalui dalam talian? Majoriti prospek anda sudah tentu menggunakan aplikasi Whatsapp apabila berurusan dengan anda. Disebabkan kesibukan anda, kadang-kadang anda tidak sempat untuk save semua nombor whatsapp yang masuk.

Keadaan ini sangat merugikan anda jika anda tidak save nombor-nombor tersebut kerana mungkin ada yang mesej untuk membeli barangan anda. Kenapa rugi?

Jika berlaku kerosakan atau kehilangan pada telefon anda, hilang semua database prospek dan customer anda.

cara save nombor whatsapp
Sukar bagi anda untuk mencari semula nombor telefon yang tidak di save jika telefon anda hilang atau mengalami kerosakan

Bukan senang untuk anda membuat follow-up dengan tersusun. Penatlah anda untuk membuka setiap satu Whatsapp untuk anda mengetahui siapa yang berurusan itu.

Anda tidak dapat membuat Custom Audience untuk Retargeting dan juga bina Lookalike Audience


Jika anda menggunakan iklan berbayar seperti Google Adsense dan Facebook Ads, rugilah sebab anda sudahpun laburkan duit untuk dapatkan setiap nombor aka prospek tersebut.

Jadi Apakah Yang Patut Anda Lakukan?

Ini adalah beberapa tindakan terbaik yang patut anda amalkan.

1. Setiap kali ada Whatsapp baru yang masuk, anda mestilah save nombor tersebut dengan segera di dalam telefon anda. Jangan tangguh atau tunggu waktu lain untuk save. Kalau tangguh anda pasti lupa ataupun tidak sempat untuk melakukannya.

2. Terus Sync Contacts dengan akaun Google anda supaya data anda selamat jika phone hilang atau rosak.

3. Sekiranya ada ramai staf untuk close sale, boleh juga sync semua nombor ke akaun Google yang sama ataupun centralize data management.

4. Gunakan kod-kod khas untuk segmenkan kontek anda supaya proses follow-up akan lebih teratur. Contohnya:

  • P Nama ABCD 02012019” untuk prospek yang menghubungi anda melalui Whatsapp pada 2 Januari 2019 dan berminat dengan produk ABCD
  • B Nama ABCD 03012019” untuk prospek yang menghubungi anda maklumkan dia mahu bank in pada 3 Januari 2019 untuk produk ABCD
  • C Nama ABCD 06012019” untuk prospek yang sudah bertukar menjadi pembeli dan pelanggan anda pada 6 Januari 2019
cari nombor whatsapp
Anda jangan terkejut kerana nombor yang lepas juga boleh dicari kembali

Bagaimana Dengan Nombor-Nombor Yang Sudah Terlepas?

Jika anda tidak pernah save nombor prospek dan pelanggan yang Whatsapp bertahun-tahun, mesti sakit urat belikat untuk membelek setiap satu Whatsapp dan save.

Anda jangan risau kerana ada cara untuk anda extract semua nombor tersebut untuk disimpan dan dijadikan sebagai Custom Audience.

Bukan setakat extract sahaja, anda juga boleh menghantar broadcast atau blast mesej kepada mereka melalui Whatsapp tanpa perlu mereka save nombor telefon anda terlebih dahulu.

Memang best dan menyenangkan anda bukan? Sudah tentu anda tertanya-tanya bagaimanakah caranya.

Sila ikuti perkongsikan di bawah sepertimana yang dilakukan oleh saudara Firdaus Azizi yang juga merupakan Pakar Pemasaran Facebook.

Cara Extract Nombor Orang Yang Pernah Whatsapp Anda

Cara yang saya digunakan oleh beliau adalah seperti yang dikongsikan di bawah ini. Ia melibatkan penggunaan sejenis software iaitu WA Sender Pro.

Software ini mempunyai 2 fungsi utama yang cukup menarik:

1. Extract nombor Whatsapp

  • Nombor individu yang pernah Whatsapp anda tetapi anda belum save nombor mereka
  • Nombor kontek di dalam telefon anda
  • Nombor orang-orang dalam group Whatsapp yang anda sertai

2. Whatsapp Broadcaster

  • Ianya berbeza dengan cara biasa yang memerlukan prospek save nombor anda terlebih dahulu. Apabila menggunakan software ini, anda boleh menghantar broadcast kepada sesiapa sahaja dengan menggunakan format text

Sila tonton video ringkas di bawah untuk demo ringkas fungsi-fungsi dalam software ini.

Software ini anda kena beli. Jika anda berminat untuk mendapatkan Software WA Sender Pro Ini?

Software ini adalah premium jadi jika anda berminat, ia hendaklah dibayar. Setakat artikel ini ditulis, harganya RM190 untuk lesen seumur hidup.

Info penting tentang software ini:

Software ini hanya boleh digunakan dalam komputer Windows sahaja
Boleh di install lebih dari satu komputer tetapi hanya boleh digunakan pada satu komputer sahaja dalam satu-satu masa
Software ini juga support iPhone dan Android kerana ia menggunakan interface Whatsapp Web.

Jika anda berminat untuk mendapatkan software ini, sila Klik WA SENDER untuk membuat tempahan.

Artikel Lain: Kereta Tersangkut Di Lorong Akibat Terlalu Percayakan GPS

Penafian

Software ini tiada kaitan dengan kami.

Semoga bermanfaat untuk semua. Apa komen anda?

Jom melawat ke facebook kami di @AnakBapak



You May Also Like

About the Author: anakbapak

1 Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!