Kebanyakkan daripada kita menggunakan online banking terutama dalam membuat urusan pembelian secara dalam talian, urusan pembayaran bil dan pemindahan wang ke dalam akaun lain. Sebenarnya kita terdedah kepada penipuan scammer. Terdapat berbagai cara scammer menipu hanya untuk mendapatkan wang dengan mudah.
Oleh itu, kita perlu sentiasa peka dengan teknik-teknik terkini yang digunakan oleh sindiket ini untuk memperdaya pengguna sehingga menjadi mangsa penipuan mereka. Kita sendiri hendaklah peka dengan cara scammer menipu.
Jika dapat panggilan dari sesiapa sahaja walaupun mereka mengatakan mereka adalah wakil bank, jika ianya melibatkan transaksi, sila hubungi sendiri institusi kewangan berkaitan atau pergi ke bank berdekatan untuk penjelasan,
Salah Satu Taktik Licik Mereka (Modus Operandi)
1. Tiba-tiba anda mendapat SMS nombor TAC dari bank, padahal anda tidak membuat apa-apa transaksi pada ketika itu.
2. Tidak berapa lama selepas itu, seseorang (scammer) akan menghubungi anda melalui sms, whatsapp atau panggilan whatsapp memberitahu kononnya dia tersilap register nombor telefon anda untuk akaun bank miliknya.
3. Scammer tersebut akan meminta anda memberikan nombor TAC yang dihantar oleh pihak bank kepada anda untuk dia (scammer) membetulkan akaunnya.
4. Scammer tersebut akan mendesak anda dengan memberikan berbagai alasan supaya anda percaya dan nampak seperti terlalu penting. Kemudian dia (scammer) akan menghubungi anda dengan menggunakan lebih dari satu nombor telefon (2 hingga 3 atau lebih). Alasannya adalah terlalu terdesak. Antara alasannya adalah:
- Tersilap register nombor telefon
- Ingin membetulkan semula pendaftaran
- Ingin membatalkan pinjaman bank nenek moyangnya atau keluarga
- Terdesak mahu keluarkan duit dari akaun dia untuk membayar bil hospital keluarganya
Tindakan Yang Anda Harus Lakukan
1. Jangan sesekali memberikan nombor TAC yang anda terima tadi kepada sesiapa sekali pun.
2. Tanda nombor scammer Mark as SPAM (whatsapp/truecaller) supaya dapat cegah dari terkena pada orang lain.
3. Seterusnya anda hendaklah cepat-cepat Login ke akaun online banking, TUKAR password online banking anda dengan kadar segera.
4. Jika anda mendapati akaun anda telah di block atau baki kurang dari yang sepatutnya, segera menghubungi bank berkaitan.
Jika anda mengikuti langkah-langkah di atas, 99.9% anda akan selamat. Kebanyakan orang suka melayani panggilan-panggilan sedemikian dan akhirnya tertipu.
Berbagai lagi penipuan scammer dan ini merupakan sebahagian. Sila bantu kongsikan artikel ini supaya tiada ahli keluarga dan kawan anda tertipu. – Anak Bapak
1 Comment