Rupanya Letakkan Air Batu Dalam Mesin Basuh Boleh Hilangkan Kedut Pada Pakaian

hilangkan kedut pada pakaian

Seterika baju memang membosankan kerana dalam banyak-banyak baju mesti ada juga baju yang susah untuk menghilangkan kedutnya. Puas sudah digosok, dipercik air tidak juga hilang. Ada juga ketika kita travel dan tinggal di hotel, apabila mahu seterika baju agak susah kerana terpaksa pergi ke sesuatu point yang disediakan oleh pihak hotel. Jadi kita kena fikirkan cara untuk hilangkan kedut pada pakaian.

menggosok baju
Saat paling membosankan adalah seterika baju

Cara Untuk Hilangkan Kedut Pada Pakaian

Senang untuk menyelesaikan masalah tersebut. Anda hanya perlu menggunakan hair dryer. Setiap hotel mesti ada menyediakan alat tersebut. Letakkan pada suhu maksimum, kemudian halakan hair dryer tersebut ke bahagian yang berkedut. Hilanglah kedutan itu nanti. Ia adalah salah satu cara untuk hilangkan kedut pada pakaian. Selamat mencuba.

cara mengelakkan baju berkedut
Gunakan Hair Dryer juga berkesan untuk menghilangkan kedutan

Sebenarnya terdapat banyak cara yang boleh kita lakukan untuk membuatkan baju kita tidak berkedut. Ini juga cara hilangkan kedut pada pakaian iaitu dengan memasukkan beberapa ketul ais (jangan letak terlalu banyak) ke dalam mesin basuh dalam keadaan ‘drying mode’. Masukkan beberapa helai pakaian yang mahu digosok, biarkan selama 10 minit. Cuba anda keluarkan selepas itu dan lihat hasilnya.

cara gosok baju kedut
masukkan beberapa ketul ais ke dalam mesin basuh dalam keadaan ‘drying mode’

10 Cara Mudah Dan Cepat Untuk Menggosok Baju

Menggosok baju bukanlah sesuatu yang seronok untuk kita lakukan tetapi ianya seolah-olah menjadi satu kemestian terutamanya menjelang awal minggu. Kerana anak-anak akan memulakan persekolahan dan suami pula mahu keluar bekerja.

Kalau setakat seterika biasa-biasa sahaja boleh tahan lagi, ini ada yang kena jadikan line menegak, tajam pada bucu dan macam-macam. Tambahan kalau suami pula adalah anggota tentera. Biasanya kerja-kerja menggosok baju ni mengambil masa sehingga sejam atau dua jam.


cara hilangkan kedut baju kemeja
Menggosok baju memerlukan kesabaran dan inisiatif

Namun dengan cara yang disenaraikan ini, semoga tugas menggosok pakaian akan lebih mudah dan panats. Tidak perlu lagi nak stress bagai sebab kedut tidak juga hilang.

Antara kaedah yang boleh dipraktikkan adalah seperti berikut:

1. Pastikan pada cucian terakhir pakaian, anda masukkan pelembut pakaian. Apabila anda mahu menggosoknya nanti, pakaian menjadi lebih lembut dan mudah untuk digosok.

2. Pakaian yang siap dicuci, digantung terus (masukkan pada hanger). Adalah lebih baik menjemur dengan menggunakan hanger. Cara ini membantu kurangkan kedut di pakaian.

cara mudah iron baju
Jemur baju menggunakan penyangkut baju membantu untuk mengelakkan kedutan yang teruk

3. Letak sekeping aluminium (sekadar guna aluminium foil) dibawah kain alas pada ‘ironing board’. Kepingan aluminium itu berfungsi untuk pantulkan haba panas yang diterima daripada seterika. Secara tidak langsung menjadikan kedua-dua bahagian pakaian anda seolah-olah serentak digosok.

4. Pakaian tidak boleh digosok secara bulatan kerana akan merosakkan tekstur pakaian.

5. Jika anda menggosok langsir atau alas meja, letakkan dua buah kerusi di hadapan papan penggosok. Bahagian yang selesai digosok, tarikkan dan terus digantung di kerusi.

6. Bagi fabrik yang jenis sensitif, alaskan permukaan fabrik tersebut dengan kain yang nipis untuk mengelakkan kesan yang tidak diingini selepas digosok. Perkata ini biasanya terjadi pada kain satin yang berwarna putih.

cara mudah seterika baju
Pakaian yang sensitif hendaklah dilapik semasa menggosok untuk mengelakkan kesan kekuningan

7. Bagi fabrik yang tebal seperti baju kemeja, gosok di bahagian dalam dahulu. Kemudian barulah digosok di bahagian luarnya.

8. Gosok pakaian yang tidak memerlukan kepanasan (haba) yang tinggi atau fabrik yang lembut seperti sutera dan satin dahulu. Tujuan untuk mengelakkan masalah tersalah memilih suhu ketika menyeterika. Dikhuatiri, pakaian yang anda gosok akan terbakar.

9. Gosokkan pada kolar, hems dan cuffs tangan dahulu untuk mengelak bahagian tersebut berkedut ketika anda seterika bahagian yang lain nanti.

10. Percikkan air pada bahagian yang degil (sukar hilang kedutan) dan teruskan seterika di bahagian tersebut. Kedutan tersebut akan hilang.

11. Gunakan spray bagi memudahkan kedutan hilang semasa anda menggosok pakaian.

10. Bagi mengelakkan permukaan seolah-olah hangus atau berwarna kekuningan pada seterika, dan bagi memastikan permukaan seterika sentiasa licin dan tidak kesat yang boleh memberi kesen kepada fabrik anda kelak, lakukan perkara seperti di bawah:

# Bersihkan serta lap permukaan seterika setiap kali selesai digunakan.
# Gosok seterika anda di atas sehelai daun pisang. Ia akan membuatkan permukaan seterika anda sentiasa licin dan tidak kesat.

cara menggunakan setrika baju
Cara tradisional membersihkan permukaan seterika

Jika Anda Sukakan Artikel cara hilangkan kedut pada pakaian ini dan merasakan ianya bermanfaat, Sila Kongsikan untuk Manfaat bersama.

Baca Juga – Cara Servis Mesin Basuh Sendiri di Rumah

Sumber: Beritahukan


You May Also Like

About the Author: anakbapak

Saya akui memang anak bapak. Tapi ibu tidak terkecuali. Berminat buat blog sejak dibangku sekolah. Tak sangka buat blog ni mampu menjana pendapatan. Walau tidak seberapa kerana blog kita ni kecik, kadang-kadang ia membantu. Cita-cita nak travel ke mana saja. Kemudahan ada asalkan ada duit. Tak dapat naik British Airways, naik Air Asia atau Penerbangan Malaysia dah cukup. Makanan kegemaran, apa saja yang halal. KFC, McDonals dan Restoren Makanan Segera yang lain, jarang-jarang. Itu lah serba ringkas. Selamat Membaca blog Anak Bapak

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!