12 Ciri-Ciri Wanita Yang Wajib Dijadikan Isteri

Wanita Yang Wajib Dijadikan Isteri

Setiap lelaki yang ingin menamatkan zaman bujangnya pasti telah menemui pasangan yang ideal serta memenuhi citarasanya.

Tidak mustahil diperkatakan bahawa setiap lelaki akan memilih wanita yang cantik untuk dijadikan isterinya. Sudah pasti ini adalah kriteria utama bagi kaum lelaki. Manakala para pula kebanyakanyakannya mesti memilih pasangan yang kaya dan tanpan. Jika kaya, mungkin tampannya tidak diperlukan lagi.

Kaum lelaki harus ingat mereka mesti bijak memilih calon isteri. Selain dari mencari bakal isteri yang beragama, datang dari keturunan yang baik-baik dan serta berharta, lelaki juga haruslah mencari calon isteri yang pandai menguruskan hal-hal yang melibatkan rumahtangga, kewangan dan lebih penting menghormati menerima orang tuanya.

Wanita Pilihan1

Isteri yang tidak pandai menguruskan kewangan, biasanya akan membebankan suami dengan berbagai masalah. Oleh itu, carilah calon isteri yang mempunyai ciri-ciri tambahan seperti itu.

Jika anda mempunyai teman wanita yang mempunyai ciri-ciri seperti di bawah, cepat-cepatlah masuk meminang. Bak kata orang, benda yang baik jangan di tangguh. Kelak anda yang rugi. Nak tahu apakah ciri-ciri tersebut? Sila baca artikel ini sehingga habis.


CIRI-CIRI WANITA WAJIB DIJADIKAN ISTERI

Berikut antara ciri-ciri wanita yang tidak sepatutnya anda lepaskan dari genggaman anda:

1.Menerima Orang Tua Anda

Sebagai anak lelaki harus ingat satu perkara, apabila kamu berkahwin nanti, ibumu adalah tetap nombor satu. Pastikan bakal isteri anda adalah orang yang menerima ibu anda seadanya. Jika ada ciri-ciri ini, pilihlah dia. Ramai lelaki apabila berkahwin, mereka meletakkan ibu mereka selepas isteri kesayangan mereka.

Wanita pilihan2
Memilih isteri biarlah yang menerima ibu anda. Gambar sekadar hiasan. Photo: Islamidia.com

2.Tidak Kisah Apa Pekerjaan Anda

Wanita tersebut tidak kisah tentang perkerjaan anda asalkan ianya halal dan menjamin masa depan anda, dia dan anak-anak nanti. Jika pekerjaan anda mempunyai pendapatan yang mungkin cukup-cukup makan, dia memberi sokongan agar anda mencari pekerjaan yang lebih baik dan menjamin masa depan bukannya mencemuh pekerjaan anda.

3.Tidak Kisah Walau Gaji Anda Rendah Dari Gajinya

Dia tidak kisah sangat tentang gaji anda. Bukannya apabila mengetahui tentang gaji anda, dia dah mula merungut-rungut kononnya nanti macamana nak bela anak, nak bayar kereta dan sebagainya. Dalam masa yang sama, dia tetap menggalakkan anda membuat sedikit simpanan melalui gaji anda yang sedikit itu.

4.Tidak Meminta Hadiah Daripada Anda

Dia tidak suka meminta hadiah daripada anda. Jika anda memberi hadiah padanya, dia mungkin akan berkata, “buat apa belikan hadiah ni, disimpan lagi bagus”. Bagi dia, hadiahnya adalah diri anda yang ikhlas untuknya dan jangan mengkhianati dirinya.

Wanita Pilihan3
Inilah hadiah yang paling berharga untuk si dia

BACA JUGA: Kenapa Lelaki Bujang Sekarang Lebih Sukakan Janda Untuk Dijadikan Pasangan Mereka

5.Tidak Kisah Dengan Kereta Anda

Dia tidak kisah jika anda hanya menggunakan kereta lama dan jenama tempatan sahaja. Walaupun keretanya jenama import, dia tetap selesa dengan anda kerana cinta suci murni. Bagi dia, tujuan berkereta adalah supaya sampai ke sesuatu destinasi dengan selamat.

6.Boleh Makan Di Mana-Mana Kedai

Dia tidak pernah memilih tempat untuk makan bersama anda walaupun anda membawanya ke warung tepi jalan sekalipun. Baginya asalkan makanan itu halal dan bersih sudah memadai. Yang penting dapat menjamu selera dan mencapai objektif. Mudah-mudahan apabila berkahwin nanti tetap bersederhana.

7.Wanita Yang Suka Menyimpan Wang

Sepanjang anda mengenalinya, dia kerap membuat simpanan untuk masa depan. Wanita sebegini, akan membantu anda nanti di mana dia akan mendorong anda supaya berjimat cermat dan membuat simpanan untuk hari tua atau untuk pelajaran anak-anak nanti.

8.Tidak Berapa Gemar ke Pusat Membeli Belah

Sepanjang anda mengenalinya, hanya beberapa kali sahaja dia mengajak anda ke pusat membeli belah. Itupun ada sesuatu yang penting yang perlu dia perolehi. Selebihnya dia hanya mengajak anda ke kedai-kedai biasa sahaja. Anda untung kerana apabila berkahwin nanti, tak lah pening nak tunggu dia memilih-milih barangan dan kadang-kadang tidak membeli pun. Masa anda terbuang begitu sahaja dengan banyak.

Wanita Pilihan4
Wanita yang bagaimana anda mahu? Anda yang menentukan

9.Tidak Gemar Membuang Masa Di Luar

Dia jenis tidak suka berada di luar tanpa tujuan. Biasanya hanya ketika bertemu dengan anda sahaja dia keluar itupun sibuk nak balik. Katanya sibuk dengan kerjanya di rumah. Tambahan pula kerja-kerja yang mendatangkan rezeki. Setiap kali anda menghubunginya, dia sering berada di rumah kecuali ketika dia kerja (jika bekerja). Jika anda berkahwin dengannya nanti, banyaklah masa anda di rumah bersamanya.

10.Kenduri Kahwin Mahukan Biasa-Biasa Sahaja

Dia ada menyatakan pada anda. Jika dia menjadi isteri anda, dia tidak minta majlis kenduri yang besar-besar dan wang hantaran yang mahal-mahal. Cukup sekadar meraikan sanak saudara dan kawan-kawan. Jika anda kekurangan belanja, dia setuju untuk berkongi. Keutamaanya adalah yang rukun dahulu. Beruntunglah anda kalau dapat yang macam ni.

11.Tidak Pernah Bergaduh Dengan Anda

Hati-hati jika teman wanita anda sering bergaduh dengan anda kerana apabila berkahwin nanti, gaduh-gaduh ibarat perkara biasa. Bila sudah biasa, tiada lagi rasa hormat dan anda sendiri juga automatik akan menjadi panas baran. Perkara ini sangat tidak sihat jika anda sudah mempunyai anak.

12.Teman Wanita Kaki tidur Atau Sering Bangun Lambat Semasa Bujang

Setiap kali anda pergi ke rumahnya dia masih tidur. Pergi petang pula tidur petang. Wanita seperti ini harus dielakkan kerana boleh terbawa-bawa hingga ada anak atau cucu. Kebanyakkan tabiat sukar untuk diubah terutamanya jika dia sudah tahu anda akan datang menemuinya.

Wanita Pilihan5
Gambar sekadar hiasan

Sebenarnya banyak lagi ciri-ciri yang perlu diteliti. Kepada kaum wanita jangan marah pula sebab topik ini adalah berkaitan bakal isteri. Jika berkaitan bakal suami, maka kita akan ceritakan pula hal lelaki.

PENUTUP

Memang manusia tidak sempurna 100% dan anda mungkin tidak akan dapat sepertimana yang anda mahukan. Jika anda sedang bercinta dan pasangan anda tidak mempunyai ciri-ciri seperti di atas, janganlah anda tinggalkan dia kerana dia sudah memberi sepenuh cinta dan kasih sayang kepada anda.

Bimbinglah dia dan ajarkan dia supaya menjadi orang yang sepertimana anda suka. Lengkapkan segala kekurangan yang ada pada dirinya, barulah kehidupan akan lebih bahagia. Wallahu A’lam

– Anak Bapak


You May Also Like

About the Author: anakbapak

Saya akui memang anak bapak. Tapi ibu tidak terkecuali. Berminat buat blog sejak dibangku sekolah. Tak sangka buat blog ni mampu menjana pendapatan. Walau tidak seberapa kerana blog kita ni kecik, kadang-kadang ia membantu. Cita-cita nak travel ke mana saja. Kemudahan ada asalkan ada duit. Tak dapat naik British Airways, naik Air Asia atau Penerbangan Malaysia dah cukup. Makanan kegemaran, apa saja yang halal. KFC, McDonals dan Restoren Makanan Segera yang lain, jarang-jarang. Itu lah serba ringkas. Selamat Membaca blog Anak Bapak
error: Content is protected !!